Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Buku Baharu : Serendipity

Dikemaskini pada .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu  

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

  serendipity
Judul                    : Serendipity
Pengarang           Sha Raina
Tahun Terbitan   2016
No. Panggilan     : MFic SHA 2016
  
 
Sinopsis: 
 
Kematian ibu bapanya menjadikan Fatin dan abangnya yatim piatu dalam sekelip mata. Dendam Fatin tersemat setelah mengetahui kematian ibu bapanya angkara khianat. Bertahun tinggal di Perancis, dia kembali ke tanah air kerana satu misi. Melalui Farah, sahabat baiknya, dia dipertemukan dengan Ian.
 
Daniel hadir setiap kali Ian ada. Daniel ibarat bayang-bayang Ian. Sikap Daniel yang prejudis terhadapnya membuatkan Fatin pelik. Apakaitan antara Daniel dan Ian sehinggakan Daniel mengawasi Ian sebegitu rupa?
 
Ditakdirkan, Fatin mendapat tawaran kerja di The RaRa Boutique Puan Sri Rafiqah, ibu Ian. Di sana, semakin mudah misinya dijalankan. Kepercayaan Puan Sri rafiqah cuba diraih demi menjalankan rancangannya. Tanpa sangka, dia dilamar dari Ian dan lamaran itu diterima kerana satu alasan. Daniel pula tak habis-habis memberi amaran agar dia tidak mendekati ian namun tidak diendahkannya. Tanpa sedar, semakin hari satu perasaan halus mula tumbuh dalam hatinya tapi pada siapa? Ian atau Daniel?
 
Sampai satu tahap, semua rahsia terbongkar. Tentang siapa Fatin, apa hubungan Ian dengan Daniel dan siapa dalang di sebalik kebakaran The RaRa Boutique. Mampukah kekusutan lama dapat dileraikan atau masih adakah dendam tersisa dalam hati?
 
 
Kami mengalu-alukan kunjungan YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan ke PSM yang bertempat di Aras 2, Wisma Berita.
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat ! 
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas