Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Buku Baharu : INAYAH

Dikemaskini pada .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu  

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

  
Judul                    : INAYAH
Pengarang           : Maria Kajiwa
Tahun Terbitan   2016
No. Panggilan     : E Fic MAR 2016
  
 
Sinopsis: 
 
Aku Ingin Pulang. Setelah tinggal lama di New York, Muhammad dan Aisya memutuskan untuk berpindah balik ke Malaysia dan memulakan hidup baharu. Mereka membeli sebuah rumah corner lot bagi memenuhi cita rasa mereka. Sayangnya tidak lama kemudian, salah seorang daripada anak kembar mereka menunjukkan tingkah laku aneh. Muhammad dan Aisya pula diganggu dengan beberapa kejadian yang tidak dapat dijelaskan.
 
Rumah tangga mereka mula berantakan apabila kedua-duanya tidak lagi saling percaya dan sehaluan lagi. Campur tangan daripada Suraya, ibu kepada Muhammad juga menambahkan lagi permasalahan yang ada. Suraya yang terlalu percaya akan kepercayaan karut bertindak memanggil bomoh untuk ‘memagar' rumah anaknya itu.
 
Namun, perkara itu mendapat tentangan daripada Aisya yang hanya percayakan Allah dengan apa yang telah berlaku. Apakah sebenarnya yang telah berlaku di rumah itu? Berjayakah Muhammad dan Aisya menyelamatkan anak-anak mereka daripada gangguan makhluk yang sedang berusaha untuk membebaskan diri?
 
Adakah sebenarnya mereka sudah terlambat? “Siapa pun kamu, pulanglah kamu kepada pencipta-Mu Allah Ar Rahman. Pulanglah kamu pada pemilikmu, Allah Al Ghaffar! Pulanglah kamu pada tanahmu. Allahuakhbar!”- Imam Ali.
 
 
 
 
 
Kami mengalu-alukan kunjungan YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan ke PSM yang bertempat di Aras 2, Wisma Berita.
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat ! 
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas