Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Buku Baharu : You Know What?

Dikemaskini pada .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu  

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

  
Judul                    : You Know What?
Pengarang           : Anna Milia
Tahun Terbitan   2016
No. Panggilan     : M Fic ANN 2016
 
 
Sinopsis: 
 
Dengan restu keluarga, Nia Dalili disatukan dengan Hasif Fieradz. Nia Dalili mengikut suaminya yang bertugas di sebuah syarikat mikro komputer di Manchester. Genap tiga minggu perkahwinan, dia diceraikan dan dihantar pulang ke Malaysia tanpa diberitahu apa kesalahannya.
 
Bersungguh-sungguh dia merayu supaya tidak diceraikan namun, dia terpaksa pulang dengan rasa kecewa. Beberapa tahun berlalu dan mereka bertemu semula di rumah Hasif Fieradz apabila Nia Dalili menjadi guru tuisyen kepada Heyda, anak bekas suaminya.
 
Berbagai-bagai perkara berlaku sepanjang dia mengajar Heyda sehinggalah mereka bersetuju untuk berkahwin semula. Tetapi kali ini Nia Dalili menuntut cerai pada malam perkahwinan mereka. Kenapa Nia Dalili tegar memilih untuk menjanda kali kedua sedangkan dulu dia merayu separuh mati supaya tidak diceraikan?
 

 

Kami mengalu-alukan kunjungan YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan ke PSM yang bertempat di Aras 2, Wisma Berita.
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat ! 
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas