Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Buku Baharu : Asas Statistik Penyelidikan

Dikemaskini pada .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu  

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

  
Judul                    : Asas Statistik Penyelidikan
Pengarang           : Chua Yan Piaw
Tahun Terbitan   2014
No. Panggilan     : 001.422 CHU 2016
 
 
Sinopsis: 
 
Skala Likert banyak digunakan dalam soal selidik kajian tinjauan dan merupakan skala ordinal yang sesuai dianalisis dengan menggunakan ujian-ujian bukan parametrik. Buku ini ditulis khas untuk menganalisis data item-item soal selidik yang bercorak skala Likert.
 
Buku ini yang mengandungi 11 bab membincangkan persediaan data, transformasi data kajian untuk program SPSS, dan analisis skala ordinal dengan menggunakan ujian statistik bukan parametrik seperti ujian Mann-Whitney U, ujian Wilcoxon T, ujian Kruskal-Wallis H, ujian Friedman dan ujian korelasi Spearman.
 
Dua analisis lain yang berkaitan dengan data skala Likert, iaitu ujian Khi Kuasa Dua dan ujian kolerasi Cramer V juga dimuatkan dalam buku ini. Selain itu, cara melaporkan hasil analisis data mengikut format APA dibentangkan dalam bab terakhir buku ini.
 
 
 

 

Kami mengalu-alukan kunjungan YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan ke PSM yang bertempat di Aras 2, Wisma Berita.
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat ! 
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas