Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Buku Baharu : 7 Benua

Dikemaskini pada .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu  

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

  
Judul                    : 7 Benua
Pengarang           : Badrul Hisham
Tahun Terbitan   2016
No. Panggilan     : 910.4 BAD 2016
 
 
Sinopsis: 
 
Himpunan kisah pengalaman lapan pengembara yang merantau tujuh benua. Setiap penulis mempunyai gaya penulisan yang tersendiri, kekuatan olahan jalan cerita dan pengalaman yang berbeza.
 
BADRUL HISHAM – Penulis buku travelog terlaris PBAKL 2015 yang telah berjaya mengayuh basikal dari London pulang ke Malaysia.
 
NORDIN YAHAYA – Telah mula mengembara dari tahun 80’an dan telah melihat lebih 60 buah negara dari 6 benua.
 
IDA YUNUS – Dua kali mengembara melalui perjalanan keretapi terpanjang didunia “Trans-Siberian” dan telah menjejakkan kaki ke Annapurna Base Camp.
 
RAFIEE GHANI – Seorang pelukis yang terkenal dan telah mengembara merentas benua bersama isteri dan anak kecil pada tahun 1987.
 
NAZRI ARSHAD – Lebih dikenali sebagai Moji, seorang pengembara solo yang pernah kehilangan passport diluar negara dan terkandas di tengah hutan Amerika Selatan.
 
SITI NORIDAH – “Kembara Afghanistan”, menjadi buku travelog pertama tulisan beliau dan pernah ditangkap oleh askar Afghanistan kerana dituduh sebagai agen perisik Pakistan.
 
WAZARI WAZIR – Jurufoto sepenuh masa yang terkenal di Malaysia dan tidak pernah lokek dengan ilmu pengembaraan dan ilmu mengetik kamera.
 
MEOR FARID ASYRADI – Sang musafir dan penulis buku “Travelog Mr. Traveller” yang telah terjual sebanyak 12,000 naskah hanya dalam lapan bulan hasil terbitan sendiri.
 

 

 

Kami mengalu-alukan kunjungan YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan ke PSM yang bertempat di Aras 2, Wisma Berita.
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat ! 
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas