Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Buku Baharu : Aku Pikat Dia

Dikemaskini pada .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu  

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
  aku pikat dia
Judul                    : Aku Pikat Dia
Pengarang           : Dhiya Shiha
Tahun Terbitan   2016
No. Panggilan     M Fic DHI 2016
 
 
Sinopsis: 
 
Dalisya Irdina ala-ala tomboi. Zafrin pula agak pemalu dengan perempuan tetapi bermulut vokal. Bila bertemu ada sahaja pertikaman lidah yang berlaku. Kata orang, macam kucing dengan anjing.
 
Pertemuan pertama mereka di dalam Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Ipoh ke KL Sentral. Suatu insiden yang tidak disengajakan di antara mereka telah berlaku. Malu! 
 
Wajahnya merah menahan malu. Kalau ikutkan hati mahu saja dia tampar mulut mamat terlebih perasan itu. Mujurlah kata-kata lelaki itu sekadar cukup untuk didengar di telinganya sahaja.
Dia masuk semula ke dalam tandas dan berdiri di depan cermin. Insiden sebentar tadi amat memalukannya. 
 
Dalisya Irdina menahan sebak. Kelopak matanya sudah mula berkaca. Bila-bila masa sahaja air mata akan gugur. 
 
Zafrin rasa tertipu. Hubungan mereka retak. Dia terpaksa akur dan membuat pilihan. Siapakah yang bakal menjadi pilihan Zafrin, Dalisya Irdina ataupun Adlina Dania? Aku Pikat Dia. Siapakah yang memikat hatinya?
 
 
 
Kami mengalu-alukan kunjungan YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan ke PSM yang bertempat di Aras 2, Wisma Berita.
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat ! 
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas