Hebahan Buku Baharu : Neredesin? Awak di Mana?

Dikemaskini pada .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
Judul : Neredesin? Awak di Mana?
Pengarang : Puteri Nor
Tahun Terbitan 2016
No. Panggilan : M Fic PUT 2016
 
 
Sinopsis:
 
Ruby Haya arkitek lincah berkeyakinan tinggi yang menyembunyikan kepahitan hidup dalam keceriaan. Niat untuk menyertai pasukan simpanan tentera menemukannya dengan Mejar Syed Hilal Aslan. Tika berkelana di Istanbul, juruterbang pesawat tempur itu dijadikan pengawal peribadi disebabkan gangguan yang dialami. Peradaban tinggi pemuda peranakan Arab dan Turki itu mempesonakan Ruby. Takdir mereka bercantum di Bursa apabila flight leader itu melamar selepas suatu kejadian besar.
 
Si ibu mentua cuba menyingkirkan Ruby apabila sejarah hitam keluarganya dibongkar oleh saudara yang berdengki. Tidak pernah mengecap kasih ibu, didewikannya wanita itu. Namun solusi berisiko tinggi yang diambil memakan diri. Kecewa, Ruby ke ibu kota untuk menjadi hamba kerjaya. Dalam satu kejadian, dia bertemu dengan doktor perubatan merangkap pengusaha business sukan air berjiwa bebas. Ayhan yang menyelamatkan Ruby di hutan Chiang Mai pula ada misi peribadi. “Kalau ditanya, say it loud and say it proud.
 
Tuhan yang anugerahkan awak status itu.”– AYHAN. Baru persahabatan dengan Shah dan Ayhan berkembang, Syed Hilal yang sudah berstatus bapa muncul. “Tak berhubung tak bermakna tak berhubungan. Bercerai fizikal tak bermakna bercerai emosi. Melepaskan pernikahan tak semestinya tak lagi mencintai. Hilang di mata tak bererti hilang di hati.” – SYED HILAL Takdir terus membanting Ruby, menekan dan menguji. Saat dia diculik oleh ceti haram, tiga pemuda bergabung untuk menyelamatkannya. Dapatkah Ruby mengecap bahagia atau cintanya berkubur dengan kekasihnya? Lahaulawala quwwataillabillah. Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Dan sesungguhnya, jihad terbesar adalah menentang kejahatan sendiri!
 
 
 
  
Kami mengalu-alukan kunjungan YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan ke PSM yang bertempat di Aras 2, Wisma Berita.
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak