Hebahan Buku Baharu : Sahaja Aku Menikahimu

Dikemaskini pada .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
Judul : Sahaja Aku Menikahimu
Pengarang : Mas Yura
Tahun Terbitan 2016
No. Panggilan : M Fic MAS 2016
 
 
Sinopsis:
 
Tan Sri Khalid susah hati melihat satu-satunya anaknya, Ezahra meliar ke kelab malam. Akhirnya dia memutuskan agar Ezahra bernikah dengan Fayyad, seorang lelaki yang tidak mempunyai harta tetapi, beragama demi menyelamatkan anaknya dunia dan akhirat. Walaupun pada mulanya Ezahra membangkang tetapi, disebabkan Tan Sri Khalid terkena serangan jantung akhirnya dia bersetuju untuk bernikah dengan Fayyad. Fayyad terpaksa menerima Ezahra walaupun wanita itu bukanlah ciri-ciri wanita yang diimpikan. Mengenangkan Tan Sri Khalid yang banyak berjasa kepada keluarganya, dia terpaksa menerima permintaan lelaki tua itu. Bukan hanya itu alasannya. Dia juga terpanggil untuk membimbing Ezahra ke jalan yang diredai Allah. Kejadian Ezahra hampir diperkosa telah membuka mata dan hati wanita itu. Bersama Fayyad, dia berasa selamat. Malah, dia juga belajar hidup susah...tapi bahagia dengan lelaki itu. Namun, apa yang penting hubungannya dengan Pencipta turut terjaga. Kebahagiaan mereka diduga dengan kehadiran Zahirah, bekas kekasih Fayyad dan kemunculan semula Hairi…kekasih lama Ezahra. Mampukah Ezahra dan Fayyad menongkah masalah ini? “Dia melindungiku dengan tingginya agama, budi dan maruah. Bukan dengan tingginya harta dan darjat.”
 

 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak