Hebahan Buku Baharu : Kapcai Biru Kenari Kuning

Dikemaskini pada .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
Judul : Kapcai Biru Kenari Kuning
Pengarang : Fizziany
Tahun Terbitan 2016
No. Panggilan : M Fic FIZ 2016
 
Sinopsis: 
 
“Buat apa tu?” soal Amir. Alisya menjeling ke arah Amir. “Ambil serailah...” jawab Alisya. Amir memandang Alisya sambil menghela nafas berat. “Itu pokok lalang....” Si gadis bandar itu terus mengejar si jejaka yang baik hati dan murni jiwanya. Baginya, lelaki kacak mudah dicari. Lelaki kaya mudah ditemui. Lelaki yang baik hati dan kacak meskipun papa kedana dan cuma ada kapcai tua sebegini pula sudah pupus di bumi. Namun dia hampa apabila bayang jejaka yang dikejar kian hilang entah ke mana. Bagi sang jejaka, dunia dan pengalaman adalah guru sebenar dalam kehidupan. Hidup bukan bergantung pada syllabus yang tertulis di buku-buku pelajaran. Sang jejaka mula mencari pengisian cinta. Baginya, cinta bukan sekadar di bibir. Hanya dengan cinta, tak bisa mengenyangkan perut yang sedang lapar. Cinta itu tidak semestinya bercinta. Cukup hanya mencintai biarpun tidak dicintai.
 
 
 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak