Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Buku Baharu : Kiss That Girl

Dikemaskini pada .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
Judul : Kiss That Girl
Pengarang : Uzma Raja Zain
Tahun Terbitan : 2015
No. Panggilan : M Fic UZM 2015
Edisi Bahasa Melayu
 
Sinopsis: 
 
MENJADI gadis tumpuan lelaki sememangnya satu impian dalam hidup. Keprihatinan berlebih-lebihan diberikan lelaki kepada si gadis merupakan penghargaan paling bermakna. Itulah dialami Zulaika. Setiap masa dan di mana-mana, pasti ramai lelaki nenelan air liur kerana terkesima melihatnya.
‘Mereka memburuku kerana mahu mencurahkan cinta kepadaku. Namun, aku ini umpama daun keladi. Walau banyak dicurahkan air, aku tetap tak lut!' ZULAIKA

Johan antara lelaki yang tergila-gilakan Zulaika. Johan mahu memberikan cinta dan kasih sayang yang terbaik di muka bumi, asalkan Zulaika sanggup merebahkan kepala di dadanya.

‘Aku berjanji, jika kau menyambut cintaku, sudah pasti sebuah syurga kusediakan untukmu. Jadilah kau permaisuri di dalam syurga itu dan aku akan menjadi kadammu.' JOHAN

Seorang lelaki berketurunan Tionghua juga menaruh hati terhadap Zulaika. Ah Boi mahu menjadi lelaki pertama berjaya mencairkan hati Zulaika yang terkenal keras bagaikan besi itu.

‘Aku adalah pendekar Cina yang lebih hebat daripada mahaguru kung fu di tanah Tongsan. Buah kung fu aku adalah jurus asmara. Apabila kau terkena jurusku, kau pasti akan lemah dan menyerah. Kemudian, aku pastikan kau menikmati keseronokan ‘maut' yang tidak dapat digambarkan dalam hidup.' AH BOI

Ramlan juga turut serta dalam mengejar Zulaika. Ramlan mahu menjadi terbaik dalam kalangan yang terbaik.

‘Aku tidak menuntut apa-apa ilmu cinta. Tapi aku punya sepuluh jari. Jari-jemari ini akan membuatkan kau nikmat apabila di sisiku.' RAMLAN

Namun hasad dengki menjadi halangan untuk Zulaika menjadi lebih bergetah di hadapan lelaki. Najwa menaruh dendam yang membakar diri.

‘Manusia itu harus sedar siapa dirinya. Jangan berenang di lautan luas tanpa memandang pantai di belakang.' NAJWA

Siapa di antara mereka akan menjadi manusia di hati Zulaika? Adakah Johan, Ah Boi atau Ramlan? Semuanya akan terungkai apabila salah seorang daripada mereka menjadi orang pertama yang dapat mencium gadis itu.
.
 
 
 
 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas