Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Buku Baharu: Cintaku Luruh di Oxford

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda " - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
Judul: Cintaku Luruh di Oxford
Pengarang : Noor Suraya & Imaen
Tahun Terbitan : 2013
No. Panggilan : M Fic NOO 2013
 
 
Sinopsis:
 
….pada suatu musim luruh hati ini pernah mekar Zuha Zaid Salim: anak seorang politik dari Malaysia yang mendapat tempat belajar di Lady Margaret Hall College (Universiti Oxford). Pada suatu musim luruh untuk kali pertama kalinya dia bertemu dengan belahan jiwanya, Falah Nordin. Mereka terserempak di bandar kecil Oxford. Bandar bersih ini, dingin dan indah sekali dalam mana-mana musim pun. Mereka saling bertukar senyum, ada malu yang menutup hati sewaktu Zuha mahupun Falah ingin meluahkan kata-kata. Padahal, yang ingin mereka tanya pada saat itu hanyalah,, “Di Malaysia awak tinggal di mana?” Satu penggal yang indah terasa singkat. Zuha terpaksa kembali; Zuha harus berhenti belajar; dan Zuha telah hilang tanpa tanda. Pernahkah Zuha-Falah sedar hati mereka sedang nyanyikan lagu senada sejak itu? Setelah hati mereka luruh di Oxford, mungkinkah hati yang hilang itu temui pasangannya semula? Sedangkan cinta hanya hadir pada setiap musim bunga….. Sebuah tulisan cinta – Noor Suraya & Imaen – yang ‘dilukis’ bersama. Imaen memperlihatkan kepakarannya mengungkap ‘Cintaku Luruh’ menjadi sebuah mahakarya dan Noor Suraya menggunakan kebolehan berbahasa indahnya untuk menukarkan musim luruh menjadi musim bunga ‘di Oxford’!
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas