Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Buku Baharu: Bila Ustaz Dah Payung : 100 Himpunan Tazkirah 5 Tokoh Berwibawa Yang Menghidupkan Kembali Jiwa Yang Telah Mati

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda " - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
 
 
Judul: Bila Ustaz Dah Payung : 100 Himpunan Tazkirah 5 Tokoh
Berwibawa Yang Menghidupkan Kembali Jiwa Yang Telah Mati
Penyusun : Nurul Huda Maulad Mohd Salim
Tahun Terbitan : 2017
No. Panggilan    : 297.57 ZUL 2017
Sinopsis:
REDHA dengan nafsu! Itulah pokok kepada kemaksiatan dan punca kejahatan manusia. Ulama menggunakan perkataan `jihad’ untuk melawan nafsu. Mengapa jihad?
 
Melawan nafsu diumpamakan sebagai berperang. Adakalanya kita menang dan adakalanya juga kita akan kalah. Tetapi... jangan cepat berputus asa. Mohonlah kekuatan daripada Allah SWT untuk jihad yang satu ini.
 
Sebenarnya ini juga merupakan satu ujian. Setiap ujian yang dilalui akan disediakan pahala bersamanya, dengan syarat kita sabar dan redha. Tidak ada ujian yang kekal dengan kita selamanya. Suatu hari ia akan berakhir juga. 
 
Buku ini merupakan kompilasi ceramah daripada lima orang tokoh agama yang dihormati. Setiap catatan memayungi kita agar terus istiqamah sebagai umat Islam.

 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas