Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Buku Baharu: Rindu Itu Cinta

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda " - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
 
 
 
Judul                    : Rindu Itu Cinta
Pengarang           : Rose Harissa
Tahun Terbitan   : 2017
No. Panggilan      :M Fic ROS 2017
 
Sinopsis:
Perasaan Annisa terhadap lelaki telah mati sejak sebelas tahun gara-gara dendamnya terhadap Azry. Sedangkan bagi Al-Hadi, kalau bukan jodoh… cari saja orang lain buat pengganti. Suka pandang pertama Al tak diendahkan oleh Nisa. Tapi gara-gara kereta, Nisa terpaksa menghadap Al hampir setiap hari memandangkan lelaki Itu sudah menyewa di apartmen yang sama.
 
Azry tiba-tiba muncul semula tapi tak pernah memperkenalkan isterinya kepada Nisa. Nisa nekad mempergunakan Al demi mencetuskan cemburu Azry yang memperlekehkannya. Bila terkantoi Al dan Azry adalah sepupu, Nisa mula takut sejarah silamnya terbongkar. Tapi Al menuntut penjelasan dan nekad mahu menjadikan Nisa sebagai isteri.
 
“Sudahlah, Al… cari perempuan lain ajelah. Saya tak sanggup masuk mulut buaya lagi.” – Nisa
 
“Naluri buaya sebenarnya suka berjuang. Saya nak perjuangkan awak… sebab awak layak diperjuangkan.” – Al
 
Walaupun Azry muncul semula, Al nekad menggoda Nisa dengan caranya yang tersendiri. Perjuangan Al itulah yang membuatkan loceng dalam hati Nisa berdentang-dentang minta dibukakan pintunya. “Aku mencintainya dengan semua keanehan dan ketidaksempurnaannya.”
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas