Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Buku Baharu: Mr. Pai Epal

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda " - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
 
  
 
Judul : Mr. Pai Epal
Pengarang : Mardihah
Tahun Terbitan : 2013
No. Panggilan : M Fic MAR 2013
 
Sinopsis:
Kalau dia inti pai epal, aku kulit pastrinya. Apabila dicantum, rasanya manis seperti cinta! Sejak kami berdua berkenalan, pelangi sentiasa sahaja menemani hari-hari aku. Bukan setakat pelangi, bunga sakura pun terkejut dan tumbuh di Malaysia. Transformers pun tiba-tiba terpacul jadi pak guard. Mereka siap mengiringi musim cinta kami. Ye o o aje dia tu mengurat aku. Heh.
Yaya dan Izz Amir. Mereka bertemu dengan iringan hujan yang menyanyi. Mereka bersatu dengan rintik hujan yang sedang menari-nari. Peristiwa itu terus terpahat dalam hati Izz Amir dan membuahkan rasa cinta sehingga membawa ke dunia impian mereka.
Namun musim cinta yang mekar terus lenyap apabila kepercayaan aku kepadanya menipis. Berkubur nama Izz Amir. Lenyap dan mati sehingga aku membenci. Aku memadam kenangan itu. Membawa diri ke Le Cordon Bleu, Paris. Cita-cita menjadi pengganti dan aku mengusir namanya yang pernah bermukim dalam kotak hati. Namun hati benar-benar terusik dengan kemunculan semula dan kesungguhannya. Mata dia, benar-benar menawan seluruh jiwa dan raga.
 
Cik hati, kenapa kau membenci tetapi ada nada cinta bersemi? Cik bibir, mengapa sukar melafazkan meski selalu menyebut namanya yang dirindui? Kenapa sukar melenyapkan namanya dalam jiwa ini? Mengapa?

 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas