Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan: My Little Bride

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda " - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
 
 
 
Judul                   : My Little Bride
Pengarang          : Dilla Ahmad
Tahun Terbitan  : 2016
No. Panggilan     : M Fic DIL 2016
 
 
Sinopsis:

Dia Nurul Hannah Adam Mukriz. Pelajar sekolah menengah yang nekad berjumpa dengan Megat Danial Hakim, CEO Megat Holdings. Hanya kerana satu tujuan dan dia sebagai anak perlu melakukannya. Namun dia malu sendiri apabila mengetahui kebenaran yang menyakitkan dari mulut Megat Danial sendiri.

Pertama kali berjumpa lelaki berlagak dan cakap sinis ini, hati Hannah dah menyampah. Dia menyesal kerana dia sendiri membuatkan pertemuan pertama menjadi yang kedua.Lagi tidak disangka, pada pertemuan keempat, dirinya dilamar Megat Danial Hakim.

Berkahwin dengan lelaki yang baru empat hari dia kenal? Atas alasan apa? Cinta? Sayang? Atau kasihan? Hannah menggeleng tidak setuju. Apa sebabnya lelaki itu nak kahwin dengan dia, hanya Megat Danial yang tahu. Alasan demi alasan dia lakukan untuk mengelak dari menjadi isteri lelaki itu.

Dia masih muda!

Tapi tiap kali dia menghadapi masalah, lelaki ini juga yang dia cari. Lelaki ini juga yang harus dia letakkan kepercayaan.

Hendak tak hendak diterima juga lamaran itu walau hati diselaputi curiga. Namun, dia tahu satu perkara. Megat Danial adalah pelindungnya. Hati akan pupuk rasa sayang. Hati juga akan kait rasa cinta.

Cuma…Sabarkah Megat Danial melayani Hannah, Little Bridenya? Hidupnya bertukar 360 darjah! Hanya kerana Nurul Hannah, dia bukan lagi Megat Danial yang dulu!


 
   
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas