Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan: Cinta Tanpa Sempadan Norlina Alawi

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda " - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
 
 
 
Judul                   : Cinta Tanpa Sempadan Norlina Alawi
Pengarang          : Lily Haslina Nasir
Tahun Terbitan  : 2012
No. Panggilan     : 306.8743 LIL 2012
 
Sinopsis:

Ini satu ceritera yang hakiki perjalanan getir wanita yang selama ini menghabiskan waktu, tenaga, keringat dan air matanya untuk  anak-anak yang mempunyai takdir hidup sangat luar biasa di matanya. Di luar sana memang ramai wanita berjiwa kental, berhati lembut malah mungkin mempunyai wang dan kekayaan. Namun belum tentu kaya hati.

Siapa yang di antara kita sanggup hamil demi menyusukan bayi yang diamanahkan kepada kita? Siapa pula yang sanggup bersusah menaiki bas ekspress dari Kuala Lumpur ke Kelantan kemudian kembali Kuala Lumpur semula semata-mata untuk membawa pulang bayi yang kurang setahun umurnya untuk dijadikan anak angkat?

Payah bukan untuk kita yang biasa-biasa? Ini memerlukan jiwa yang luar biasa bagi melakukannya. Namun Norlina Alawi sangat tegar. Dia akan lakukan apa sahaja demi anak-anak dan keluarga besarnya.


 
   
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas