Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan: Mr. Delicious

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda " - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
 
 
 
Judul                   : Mr. Delicious
Pengarang          : Marissa
Tahun Terbitan : 2017
No. Panggilan    : M Fic MAR 2017
 
Sinopsis:    

Beberapa tahun lalu di zaman sekolah menengah… 

“Oh, jadi kau stalk kita orang, ya? Boleh tahan pervert juga kau ni, ya…” – ZARAA

“Ya, aku memang dah lama stalk korang semua. Sekolah aku kat sebelah aje. Sebenarnya aku jealous sebab aku nampak korang bertiga ni selalu aje happy-go-lucky. Aku pula jenis yang susah yang nak cari kawan. Errr, lupa pula aku nak kenalkan diri. Nama aku Aiman.” – AIMAN

Bermula dari zaman sekolah itu, Zita, Zaraa dan Fina semakin rapat dengan Aiman yang mereka gelar sebagai Mr. Delicious.  Konflik bermula bila Aiman mula jatuh cinta. Bukan seorang, tetapi dia jatuh cinta kepada ketiga-tiga sahabatnya.

Namun, hadir pula Melina di antara mereka menyebabkan kehidupan sahabat-sahabat itu tambah huru-hara. Apakah Aiman si Mr. Delicious terpaksa memilih Melina demi menjaga hati ketiga-tiga mereka?  Siapakah yang berjaya merebut hati Mr. Delicious dan apakah ada di antara mereka yang bakal berputih mata? Nikmatilah kisah persahabatan dan percintaan Mr. Delicious bersama gadis-gadis di sampingnya dari Kuala Lumpur sehingga ke Las Vegas, Amerika Syarikat.

   
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas