Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan: 31 Ciri Suami Idaman

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda " - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
 
 
Judul                  : 31 Ciri Suami Idaman
Pengarang         : Siti Nor Bahyah Mahamood, Zulina Hassan
Tahun Terbitan : 2006
No. Panggilan    : 297.577 SIT 2006       

 
Sinopsis:
Dalam kehidupan berumah tangga perkara yang sering menjadi perhatian umum adalah bagaimana ciri-ciri isteri idaman. Hal ini terjadi kerana dipengaruhi oleh budaya masyarakat kita di mana pihak lelaki yang meminang wanita. Ertinya kuasa memilih lebih berada di tangan lelaki. Oleh itu lelakilah yang memilih calon isteri idamannya sedangkan pihak wanita tiada pilihan. Sebab itulah agaknya jarang dibincangkan bagaimanakah ciri-ciri seorang suami idaman.
Sebenarnya mencari atau mendapatkan seorang suami idaman itu lebih penting daripada mendapatkan isteri idaman. Ini kerana suami yang akan menjadi pemimpin kepada isteri, yang akan membimbing dan menentukan hala tuju kehidupan mereka sebagai suami isteri. Hal ini Allah jelaskan dalam firman-Nya: Apakah ukuran suami yang idaman? Buku ini menggariskan ukuran suami idaman menurut kata mata Islam berlandaskan al-Quran dan Hadis Rasullullah s.a.w.
Buat gadis-gadis yang bakal mendirikan rumah tangga buku ini akan memberikan pedoman buat anda untuk memilih calon suami yang bakal membahagiakan anda. Buat pada lelaki dan suami… apa yang digariskan di dalam buku kecil ini boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi membentuk diri menjadi seorang suami idaman setiap para isteri. Dan buat para isteri hadiahkanlah buku ini buat suami tercinta.

 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas