Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan: Kuala Lumpur Di Mana Suamiku

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda " - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
 
 
Judul                     : Kuala Lumpur Di Mana Suamiku
Pengarang           : Sri Diah
Tahun Terbitan  : 2004
No. Panggilan     : M Fic SRI 2004

Sinopsis: 
Sesekali bukan tidak terlintas di ruang fikiran, apakah perkahwinan ini satu percaturan? Natasya pernah bertanya pada diri sendiri tentang harga sebuah kasih sayang, sebuah kesetiaan seorang suami. Sudah puas dia menjadi isteri yang baik pada seorang suami yang bernama Nazril – lelaki yang berpura, lelaki yang tidak tahu menilai erti setia. Perlukah diturut kata hati, mencurah rasa hati pada lelaki yang bukan suami?
Menderhakakah dia, jika dalam kesepian, dia menyambut salam Baha yang baik dan penyayang? Dia sebenarnya penasaran, antara membuat pilihan, antara membuat keputusan. Lantas wanita yang bernama Natasya itu dalam dilema, diburu resah. Ada kesal, ada bimbang, ada kemarahan yang datang dan pergi. Dan hatinya sering bertanya sampai bila segalanya akan ada penyudah...

Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas