Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan: Kukatakan Tidak (Maksudnya Ya)

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda " - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
 
Judul                     : Kukatakan Tidak (Maksudnya Ya)
Pengarang           : Bunick Firdaus
Tahun Terbitan  : 2017
No. Panggilan     : M Fic BUN 2017
 
Sinopsis:         
Bumi Sonata yang diliputi salji memutih menemukan Humaira dengan Remy tanpa mereka duga. Ketulusan Remy melembutkan hatinya.

Namun, walau hati Humaira mahukan Remy, mungkin sahaja tidak untuk mereka berdua bersama. Meski seribu kali Remy mengatakan ya pada Humaira, jodoh mereka bagaikan jauh menyimpang.

Berjuta kali Humaira berkata tidak pada Zaim, selalu sahaja lelaki itu muncul di hadapan matanya. Seringkali dia menjauhkan diri, ada saja alasan yang mengikat Humaira untuk dekat dengan Zaim.

Mungkin… kelopak sakura yang bertaburan di tengah musim bunga itu yang menerbitkan kuntum rasa Zaim padanya.

Apabila hati kata ya, keadaan pula menyukarkan segalanya. Namun semakin mulut berkata tidak, mudah sahaja takdir dia dan dia bersimpang.

 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas