Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Artikel

SIARAN MEDIA - Cinta Latah

Dikemaskini pada .

 

Bila Lelaki Melatah Dalam Telemovie “Cinta Latah” di TV2

KUALA LUMPUR, 04 Julai 2017 – Melatah sudah dikira sinonim dengan orang Melayu terutama golongan wanita. Tindakan spontan seseorang itu melatah sememangnya sukar diduga. Tetapi bayangkan sekiranya latah itu terkeluar daripada mulut atau tindakan seorang lelaki? Pastinya tumpuan orang disekeliling terarah kepada mereka.

Namun ada juga yang mengatakan latah ini turut berjangkit kepada golongan yang suka mengusik. Kisah hidup pemuda yang berlagak latah menaruh hati dengan seorang gadis pilihannya melatari telemovie bertajuk “Cinta Latah” lakonan mantap Amar Asyraf, Izzue Islam dan Izreen Azminda.

Disiarkan pada 14 Julai ini, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2, kisahnya berkembang dengan watak Shaza, Zana, Mok dan Izat merupakan rakan baik, satu pejabat. Mok seorang pelatah semula jadi. Aizat menyimpan hati pada Shaza tapi tidak berbalas.

Mok dengan karektor seorang pelatah di lihat Izat sebagai minta apa semua dapat. Hinggakan Zana dan Shaza lebih rapat dan suka pada Mok berbanding Izat. Keadaan ini menimbulkan rasa cemburu Izat pada Mok.

Timbul rasa Izat hendak belajar latah dari Mok kerana dia beranggapan sifat Mok sebagai pelatah menjadi sebab untuk dia minta apa saja dapat termasuk soal kerja dan yang penting dapat ‘membeli’ hati Zana dan Shaza. Izat telah belajar berlatah dengan Mok dan akhirnya menjadi pelatah tegar di pejabat.

Shaza menghadapi masalah bila ibunya Puan Norma telah menerima risikan ‘budak bandar’. Shaza diberi kata dua samada tunjukan calon kekasihnya atau menerima saja risikan budak bandar tersebut.

Shaza belum bersedia lagi untuk berumahtangga hingga dia mengoyak gambar bakal suaminya yang diberikan oleh ibu saudaranya, Mak Su Piah.

Shaza kemudiannya berpakat dengan Mok untuk berlakon sebagai bakal calon buah hatinya untuk mengaburi mata ibunya. Mok pula simpati dengan Izat dan meminta Izat menjadi calonnya dan dia sebagai wakil.

Pada hari merisik yang diketuai Mok, ibu Zana perasan yang Izat adalah serupa dengan calon ‘budak bandar’ anak orang berada seperti gambar yang diberi oleh Mak Su Piah. Pada masa yang sama Izat juga telah memusnahkan gambar Shaza yang di atur oleh keluarganya. Bila keduanya perasan yang calon diatur oleh keluarga adalah orang yang sama, masing-masing cuba mengesahkan gambar yang telah mereka musnahkan dahulu.

Puas dicantum semula gambar yang telah dimusnahkan tetapi tidak dapat dicantum semula kerana telah rosak teruk. Dengan bantuan kedua orang tua, akhirnya Shaza dan Izat akui bahawa jodoh lakonan mereka adalah jodoh sebenar yang telah diatur keluarga.

Akhirnya seorang pelatah yang di permain dan dibenci Shaza iaitu karektor Mok telah berpindah pada Izat telah menjadi jodoh Shaza. Kalau dulu membenci dan tidak suka pada Mok kerana seorang pelatah akhirnya dapat Izat yang diatur keluarga juga seorang pelatah.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

 

 

 

- ### -

 

 

Cetak Emel

offcanvas