Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Artikel

SIARAN MEDIA - Aduh Emak Kahwinkan Aku 2

Dikemaskini pada .

 

Fouziah Gous Hos Program “Aduh Emak Kahwinkan Aku 2”, Setiap Hujung Minggu Di TV1

KUALA LUMPUR, 05 Julai 2017 – Bersama pelakon cantik Fouziah Gous sebagai hos, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan kesinambungan program “Aduh Emak Kahwinkan Aku” musim kedua yang mengupas lebih lanjut tentang isu-isu rumah tangga dan kekeluargaan yang pendek kata sering menjadi bualan dan pertanyaan dari masyarakat ramai. Topik-topik perbincangan merangkumi akan merangkumi pelbagai masalah yang biasa melanda pasangan berkahwin dan keluarga.

Sedang bersiaran setiap Ahad, pukul 12.30 tengah hari menerusi saluran TV1, episod pengenalan membincangkan topik kahwin usia muda bersama artis undangan Aliff Satar yang berkahwin pada usia yang muda iaitu 24 tahun. Aliff berpendapat perkahwinan usia muda ini mendatangkan kebaikan kepada setiap pasangan. Turut dikongsikan pendapat orang awam tentang penerimaan dan pandangan mereka berkaitan isu ini.

Bagaimana peranan suami apabila isteri berbadan dua? Ikuti pengalaman yang dilalui oleh Ajak Shiro apabila dia menceritakan apa yang dilaluinya kepada hos Fouziah Gous, apabila isteri beliau berbadan dua dan kini telah memiliki tiga anak dalam episod dua.

Jarak usia yang jauh mungkin menjadi penghalang kepada sesuatu percintaan dan juga perkahwinan. Namun faktor ini bukanlah penghalang bagi artis undangan episod tiga, Imuda yang berkongsi cerita dan pengalaman bagaimana dia menemui cinta sejati dengan isterinya yang berusia jauh lebih muda daripada dirinya.

Jodoh tidak mengenal usia. Apabila sudah lama bersendiri, siapa sangka, tiba-tiba ada pasangan yang menanti. Begitulah pengalaman yang diceritakan oleh tetamu episod empat, Datuk A.  Rahman Hassan dan juga isteri beliau, Fadilah Mansor kepada hos rancangan yang turut mencungkil rahsia bagaimana pasangan ini boleh jatuh cinta. Bukan itu sahaja, pasangan ini juga akan menceritakan pengalaman yang dilalui ketika bersendiri dan kemudian setelah mendirikan rumahtangga bersama.

Berkahwin di peringkat awal semuanya indah belaka. Namun apabila setelah berpuluh tahun mendirikan rumahtangga, mungkin situasinya tidak sama. Sungguhpun begitu, ada pasangan yang terus dapat mempertahankan perasaan kasih sayang dan cinta walaupun sudah lama mendirikan mahligai. Bagi pasangan ini, semakin lama bersama, semakin mendalam sayangnya. Ikuti pengalaman pahit manis yang dilalui oleh tetamu Aduh Mak Khawinkan Aku 2, Datuk Ahmad Tamimi Siregar yang berkongsi ceritanya tentang isu semakin lama semakin sayang.

Ulang tahun perkahwinan merupakan hari dinantikan oleh semua pasangan suami isteri. Ketika itulah pasangan akan bertukar hadiah tanda memperingati hari yang menyatukan kasih sayang mereka. Ikut pengalaman dan kisah dari Norman Hakim, tetamu programm ini yang berkongsi cerita bagaimana dia merayakan ulang tahun perkahwinan bersama isteri tercinta.

Ego suami dikatakan tercabar jika isteri memiliki pendapatan yang lebih tinggi. Adakah situasi seperti ini boleh memberikan kesan terhadap keharmonian dalam rumahtangga. Ataupun mungkin situasi seperti ini boleh membantu meningkatkan ekonomi sesebuah keluarga itu. Ikuti pandangan, tetamu Aduh Mah Kahwinkan Aku 2, Fynn Jamal yang akan berkongsi cerita dan pengalaman beliau bersama Fouziah Gous.

Apakah yang dilalui apabila seseorang itu menjadi isteri kedua? Ikuti  luahan dan pengalaman pahit manis yang dilalui oleh tetamu Zarina Zainuddin yang berkongsi pengalaman hidup bermadu dalam episod berikutnya.

Ikuti juga episod bersama tetamu undangan Irma Hasmie akan berkongsi pengalaman beliau sendiri tentang isu bercinta selepas berkahwin. Ikuti bagaimana Irma menemui suaminya di Mekah dan kemudian merasai nikmat bercinta selepas berkahwin.

Bukanlah mudah untuk mengekalkan hubungan ataupun cinta jarak jauh. Dan pada kebiasaannya, pasangan yang menghadapi masalah seperti ini tidak berupaya untuk mengekalkan perhubungan jarak jauh ini. Ia disebabkan terlalu banyak rintangan yang perlu dihadapi. Sungguhpun begitu masih ada yang berjaya mengekalkan cinta jarak jauh. Untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam, ikuti temubual Fouziah Gous bersama dengan tetamu Aduh Mak Kahwinkan Aku 2, Diana Amir yang membincangkan isu ini dengan lebih mendalam.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

 

- ### -

 

 

 

 

Cetak Emel

offcanvas