Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Artikel

SIARAN MEDIA - Darah Manis

Dikemaskini pada .

 

Impian Tema Perkahwinan Artis Dalam “Darah Manis” di TVi

KUALA LUMPUR, 06 Julai 2017 – Memaparkan persediaan yang perlu diberi perhatian sebelum majlis perkahawinan seperti tema dari segi warna, dekorasi, solekan dan akhir sekali jemputan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program menarik bertajuk “Darah Manis” setiap Khamis, pukul 11.30 pagi menerusi saluran TVi.

Bersama pengacara Atilia Haron, program 13 episod ini mengajak penonton mengetahui tips merancang majlis perkahwinan idaman artis kesayangan anda yang dirancang sebagaimana mana-mana majlis, dengan teratur dan teliti.

Episod pertama Atilia Haron menemuramah tetamu undangan Iqram Dinzly, mengenai impiannya apabila berkahwin nanti. Iqram menceritakan tema warna dan impian perkahwinannya. Rancangan diteruskan dengan penjelasan oleh seorang perancang dan perunding perkahwinan, Khairul Sharil. Beliau menjelaskan pelbagai aspek perkahwinan yang dikendalikannya seperti rekaan pentas, dekorasi, pakaian dan solekan pengantin perempuan. Penjelasan beliau diselang-seli dengan tips perkahwinan oleh pengacara rancangan dan juga pendapat daripada bakal pengantin, Iqram.

Seterusnya pula Mas Khan mengimpikan tema ‘Beach Wedding”, Hanif Shaw tema ‘English Wedding’, Afiq Muiz tema ‘fantasi’, dan Adibah Yunus tema ‘Melayu Tradisional’. Turut dikongsikan impian majlis pelakon Tengku Hanis dengan tema ‘White Wedding’, Zalif Sidek tema ‘ala Jawa’ dan Mimi Haris ‘Melayu Fusion’.

Menariknya program ini menerangkan tip-tip tentang perancangan perkahwinan dan cara-cara menjadikan tema perkahwinan yang dipilih dan diimpikan dengan bantuan perunding perkahwinan yang pakar dalam bidangnya. Antara perunding perkahwinan yang bakal berkongsi pandangan dan pendapat mereka termasuklah Rohani Talib, Mohd Azhairi Abdullah, Onn Aziz, Mohd Adib Abd. Rahsid, Mohd Fauzi Abd. Manan, Anuar Faisal, dan Nur Omar.  

Sementara itu pereka fesyen berpengalaman juga diundang memberi tip-tip bagi pemilihan pakaian yang bersesuaian iaitu Duan Bukhari, Mohd Ridwan Abd. Rahim @ Dwen Raha, Farel Mikael, Sabri Saad, Fifi Omar, Suhaimi Hj. Ramli,  Abby dan Khairul Shahril.

Istimewanya terdapat juga segmen yang dapat memberikan panduan kepada penonton yang memilih tema sama dengan artis kesayangan mereka mengetahui dimanakah lokasi mengikut tema yang ditawarkan kepada mereka. Antaranya temubual bersama Isec Raj, Pengurus Besar, sebuah Beach Resort menerangkan bahawa ‘Beach Wedding’ merupakan  tema yang sangat popular pada masa kini. Seorang Pengarah Jualan di sebuah pusat konvesyen di Shah Alam, Syarifah Mariam Syed Hassan pula menerangkan tentang kemudahan dewan di tempatnya yang boleh menampung seramai 200 hingga 12,000 orang tetamu. Begitu juga turut berkongsi pakej ditawarkan seorang Penolong Pengurus Bahagian Makanan dan Minuman sebuah hotel di Subang, Jannan menerangkan tentang kemudahan dewan di tempatnya yang boleh menampung seramai 400 orang tetamu pada sesuatu masa.

Sementara Nursyazana, seorang Eksekutif Perhubungan Awam di sebuah pusat konvesyen dan resort di Shah Alam telah menerangkan tentang kemudahan dewan di tempatnya yang boleh menampung seramai 300 hingga 500 orang tetamu. Manakala Siti Aisyah Mohd Arif pula dari Bahagian Jualan dan Pemasaran sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur menceritakan tentang pakej dewan yang disediakan oleh hotelnya. Normawati Zainal Abidin, Pengarah Bahagian Jualan dan Pemasaran, daripada sebuah resort terkemuka pula telah menunjukkan lokasi yang bersesuaian untuk majlis perkahwinan ala Jawa yang terdapat di resortnya.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

     

- ### -

Cetak Emel

offcanvas