Artikel

SIARAN MEDIA - #twittwit

Dikemaskini pada .

 

Sembang Santai Terbaharu RTM, “#twittwit” Secara Langsung Di TV2

KUALA LUMPUR, 06 Julai 2017 – Saksikan secara langsung “#twittwit”, sebuah rancangan terbaharu sembang santai terbitan Unit Hiburan TV RTM di TV2. Anda juga boleh saksikan #twittwit secara langsung di Facebook:Hiburan TV RTM; & berkomunikasi secara live di Twitter:hibtvrtm; dan dapatkan update terkini di Instagram:Hiburan TV RTM.

Bersama pengacara anda empat hari berturut-turut dalam seminggu iaitu Sonic Hussien (Isnin), Jeed Zulkipli (Selasa), Nadhir Nordin (Rabu) dan Doria Rachel Dolly (Khamis), pukul 4.30 petang di TV2 yang pasti membuatkan petang anda sentiasa ceria.

Program santai ini berkongsi mengetengahkan topik berbeza dan terkini sesuai dengan perkembangan isu semasa dalam setiap episod siarannya. Ada juga kupasan topik kekeluargaan yang cuba dibincangkan bersama penonton setia RTM.

Istimewanya dalam setiap episod juga mengundang artis popular mengupas topik dipilih antaranya Tomok dengan topik permata hati, dan Aiman Tino pula berkongsi pengisian tajuk salah sangka.

Ikuti banyak lagi perkongsian isu dan artis jemputan popular ini di TV2.  

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

     

- ### -

 

 

 

 

 

 

Cetak