Artikel

SIARAN MEDIA - The Transporter dan Bitten

Dikemaskini pada .

 

 

Dua Siri Inggeris, “The Transporter” dan “Bitten” Berturut-Turut di TV2

KUALA LUMPUR, 19 Julai 2017 – Peminat siri Inggeris usah terlepas menonton tayangan dua siri menarik yang bakal menemui penonton setia RTM mengisi slot Sunday Screening di TV2. Disiarkan secara berturut-turut mulai 23 Julai ini, setiap Ahad, saksikan tayangan The Transporter” dan “Bitten”, masing-masing pukul 10.30 malam dan 11.30 malam.

Berdasarkan filem terkenal The Transporter, siri"The Transporter" mengetengahkan pelakon Chris Vance yang pernah membintangi siri Prison Break," dan "Rizzoli & Isles" menghidupkan watak sebagai Frank Martin, seorang penghantar barangan yang sanggup menghantar apa saja barangan yang diarahkan.

Sebagai penghantar barang profesional yang menghantar orang atau apa saja barang, dia menguruskan kerjayanya tanpa banyak bertanya atau mengambil tahu barang yang perlu dihantarnya. Fokusnya hanya satu untuk memastikan barang tersebut sampai dan dia mendapatkan pulangan wang daripada kerja yang dilakukannya.

Tidak kira sama ada orang atau lukisan berharga, Martin memastikan pakej ditawarkan sampai ke destinasi mengikut jadual dan tidak pernah berhenti sehingga kerja selesai, sebab itulah dia dianggap yang terbaik.

Salah satu misi dilakukan telah membawa beliau hingga ke penjara bawah tanah yang diduduki oleh penjahat berbahaya. Tetapi selama dia melakukan tugasnya berdasarkan peraturan yang ditetapkannya sendiri, dia tidak pernah mengubah kesepakatan tersebut. Walaupun tanpa ada nama, dia tidak pernah membuka bungkusan tersebut. Martin melakukan usaha terbaik menyampaikannya.

Mengisi slot sama disiarkan kemudiannya siri Inggeris bertajuk “Bitten” yang mengangkat Laura Vandervoort sebagai bintang utama telah berjaya memberikan sentuhan yang lebih matang tanpa perlu meninggalkan kes-kes yang dahsyat yang tipikal ‘werewolf’.

Diadaptasi dari novel 'Women of the World' Kelley Armstrong, “Bitten” menceritakan tentang Elena Michaels, satu-satunya ‘wereworf’ wanita yang berusaha untuk cuba menyembunyikan identiti sebenar dirinya untuk menjalani kehidupan normal seperti orang biasa. Di bandar dia bekerja sebagai jurugambar dan memiliki teman lelaki.

Terjadi kejadian yang tidak diduga, ketika dia terjatuh secara tidak sengaja menyebabkan perubahan mendadak berlaku pada dirinya. Ketika itu juga berlaku siri pembunuhan di kampung halamannya, memaksa dirinya pulang ke rumah dan menyertai saudara lelaki ‘werewolf’nya menyelesaikan masalah tersebut. Selain Laura Vandervoort, siri ini turut dibintangi oleh Greyston Holt, dan Greg Bryk.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

       

- ### -

 

 

 

Cetak