Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Artikel

SIARAN MEDIA - Bunga Lalang

Dikemaskini pada .

 

Sisi Kehidupan Peninju Tomoi Dalam Telemovie “Bunga Lalang” di TV1

KUALA LUMPUR, 01 Ogos 2017 – Seperti seni mempertahankan diri yang lain, tomoi mempunyai impak yang tersendiri dalam membentuk sahsiah remaja berdisiplin sekali gus menjauhi perbuatan yang tidak bermoral seperti mengambil dadah, menghisap rokok dan melepak pada waktu malam. Apatahlagi sukan ini bukan sekadar boleh dijadikan sebagai hobi masa lapang, lebih daripada itu sukan ini begitu mencabar minda seseorang.

Mengetengahkan kisah sisi kehidupan seorang jaguh tomoi yang jatuh cinta dengan seorang penari tradisional Kelantan namun terpaksa berdepan dengan musuh, seni tomoi ini diangkat melatari plot kisah telemovie bertajuk “Bunga Lalang” yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 12 Ogos ini, pukul 9.30 malam mengisi slot Panggung Seri di TV1.

Dibintangi pelakon Afiq Muiz, Bea Rameshan, Erry Putra, Kamarol Hj Yusof dan Wan Hanafi Su, ia memaparkan kisah Adi yang diasuh oleh datuknya, Tok Weng untuk menjadi peninju tomoi yang handal. Masa berlalu dan apabila Adi dewasa, dia senantiasa memenangi pertandingan tomoi yang disertainya.

Meskipun dijulang sebagai juara dan namanya dikenali ramai sebagai peninju handalan namun jauh di sudut hati Adi itu bukanlah jalan yang dimahukannya. Adi tersepit antara keinginan datuknya dan cuma mengikut sahaja kehendak Tok Weng tanpa melawan sedikit pun.

Pada malam perlawanan tomoi di antara Adi dan Samrak, Mariam telah terdengar perbualan tentang rancangan untuk membunuh Adi. Iaitu dengan memberi racun kepada Adi. Mariam lari dari situ dengan keadaan yang tergesa-gesa.

Sebaik Jali menyedari yang Mariam telah mendengar perbualan mereka, Mariam telah dikejar oleh Jali. Dia tidak mahu Mariam menggagalkan rancangan mereka dengan mendedahkan perkara tersebut.

Di gelanggang Adi dipukul teruk oleh Samrak tetapi Adi tetap bangun kerana mengingati janji Tok Weng kepadanya. Adi mencuba sedaya upaya untuk melawan. Namun dia telah teruk dipukul oleh Samrak yang semakin menggila mahu menewaskan Adi. Adi akhirnya rebah juga di hujung gelanggang dan mengalami kecederaan yang teruk.

Sementara itu Jali berjaya menangkap Mariam lalu merogolnya. Mariam ditinggalkan di gelanggang perlawanan. Dengan kudrat yang ada Mariam mengagahkan diri untuk ke gelanggang di mana Adi dipukul teruk oleh Samrak.

Mariam pergi mendapatkan Adi namun Mariam telah disepak oleh Samrak yang menyangka Adi ingin bangun semula. Adi dan Mariam sama-sama rebah di tengah gelangggang. Namun adakah cinta mereka kesampaian di alam nyata?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

       

- ### -

 

 

Cetak Emel

offcanvas