Artikel

SIARAN MEDIA - Korban Kasih

Dikemaskini pada .

 

Yatim Piatu Sekelip Mata, Dokumentari “Korban Kasih” Kongsi Kisah Anak Kehilangan Ibu Bapa, Khas Hari Raya Korban Ini di TV1  

KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2017 – Setiap yang hidup di dunia ini telah tertulis jalan hidupnya, sepahit mana dugaan itu ianya harus di tempuhi  bagi membina sebuah kehidupan. Kehidupan bermula seawal lahirnya ke duania ini dari insan bergelar ibu dan bapa. Tanpa ibu bapa dunia menjadi gelap gelita, mereka insan pendorong hidup serta penguat ikatan kasih sayang antara satu sama lain. Mereka segala-galanya, namun apa yang berlaku kita, kita sering bahkan setiap minit di dendangkan dengan kisah kematian serentak hingga anak-anak menjadi yatim piatu sekelip mata.

Sedang elok bergurau senda, di peluk erat satu saat yang lain tangan itu tiada fungsinya lagi, terbujur kaku di satu sudut di kelilingi tangisan saudara-mara. Anak kecil meraung ketakutan bukan kerana sedih namun tidak mengerti apa-apa lagi, bila melihat yang memeluk dirinya bukan ibu bapa malah insan lain. Anak-anak dewasa pula meraung pilu tiada tempat bergantung lagi.

Melihatkan situasi ini menjadi satu kisah yang tiada hentinya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan dokumentari khas Hari Raya Korban terbitan JAKIM bertajuk “Korban Kasih” yang memaparkan kisah perjalanan hidup anak yatim piatu sekelip mata sejak kecil hingga dewasa.

Menemui penonton pada 1 September ini, pukul 12.30 tengah hari menerusi saluran TV1, program ini berkongsi memaparkan bagaimana mereka melalui hari-hari tanpa ibu bapa walau kebanyakkan diantara mereka di jaga oleh waris. Apakah cita-cita dan harapan anak-anak terdahulu yang menjadi yatim piatu sekelip mata hingga dewasa ini telah berjaya dengan kehidupannya, namun bagaimana pula anak-anak yatim piatu yang baru sahaja kehilangan ibu dan bapanya. Adakah mereka mampu dan sekuat seperti mereka yang pernah melaluinya.

Bukan mudah untuk hidup tanpa kasih ibu bapa, terutamanya bila perayaan menjelma. Saat itu, hanya lingan air mata dapat di saksikan pada anak-anak ini. Tiada lagi kehidupan keluarga sendiri hanya memori terpahat dalam jiwa. Segalanya hanya tinggal kenangan. Ikuti perjalanan dua kisah kemalangan tragis yang meragut nyawa-nyawa orang tersayang, dan sekelip mata menukar status anak-anak menjadi yatim piatu.

Soroti kisah bagaimana adik Muhammad Haseef bin Mohd Halim menyaksikan sendiri saat-saat ibu, bapa dan tiga saudara kandungnya lemas ketika berkelah di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu pada 19 Disember 2015. Detik ceria menghabiskan cuti tahun, bertukar cerita duka yang akan terpahat diingatan anak kecil ini.

Ketahui juga perancangan yang diatur oleh penjaga Adik Haseef demi untuk melihat anak ini berjaya di dunia dan akhirat.

Juga selami kisah Nur Salffa Diyana dan adiknya Mohd Noor Hafizie yang membesar tanpa ibu dan bapa yang terputus kasih setelah mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya 27 tahun yang lalu. Bagaimana mereka berdua menumpang kasih datuk dan nenek dalam meniti hari-hari menuju kedewasaan.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.   

- ### -

 

Cetak