Artikel

SIARAN MEDIA - Malavita

Dikemaskini pada .

 

Keluarga Mafia dalam Lindungan FBI Menerusi Filem “Malavita” di TV2

KUALA LUMPUR, 08 September 2017 – FBI bertanggung jawab penuh untuk melindungi saksi sekeluarga dengan memberi identiti baru dan memastikan mereka hidup aman. Mahu atau tidak keluarga yang cuba dilindungi itu hendaklah dipindahkan ke daerah lain untuk satu tempoh yang agak lama.

Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan filem bertajuk “Malavita” yang menonjolkan kisah keluarga mafia dalam lindungan FBI pada 12 September ini, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2.

Filem arahan Luc Besson tahun 2013 ini bercerita tentang ketua mafia terkenal Fred Manzoni lakonan mantap Robert De Niro, diberikan perlindungan kerana mahu menjadi saksi serta akan memberikan bukti kejahatan yang dilakukan kumpulan dan organisasi lain yang diketahuinya. Oleh sebab itu, Fred Manzoni bersama keluarganya pindah ke sebuah daerah terpencil di Perancis. Disana juga, dia mendapat perlindungan dari seorang Agen CIA bernama Robert Stansfield (Tommy Lee Jones).

Fred yang memang merupakan mafia sukar untuk merubah sikapnya. Bersama keluarganya, isterinya Maggie (Michelle Pfeiffer) dan anak-anak mereka, Belle (Dianna Agron) dan Warren (John D'Leo), Fred selalu menyelesaikan masalah dan sikapnya seperti seorang mafia. Kerana hal tersebut, situasi Fred sentiasa terancam oleh kumpulan penjahat yang mahu membunuhnya agar Fred tidak membocorkan banyak rahsia mereka.  

Fred terpaksa menukar identitinya menjadi Fred Blake. Ia satu-satunya jalan untuk menghindar dari ancama Don Luchese (Stan Carp), seorang ketua mafia yang kini sedang berada di penjara dan hendak membalaskan dendamnya kepada Gio.

Bahaya tersebut menjadikan keluarga Blake mendapatkan perlindungan dari Cicco (Jimmy Palumbo) dan Caputo (Domenick Lombardozzi), dua agent FBI yang diarahkan oleh Robert Stansfield (Tommy Lee Jones). Keluarga Blake diminta untuk bergaul dengan masyarakat sekitar, namun tidak boleh menarik perhatian yang berlebihan.

Sayangnya peraturan seperti itu membuatkan situasi itu kucar-kacir. Ia menimbulkan kesulitan bagi keluarga Blake yang sudah biasa membuat masalah apabila mereka cuba mengatasi masalah dengan ‘cara’ mereka sendiri. Namun sejahat-jahat mereka tetap saja mengutamakan keutuhan keluarga berbanding apa sahaja.

Di tengah-tengah kesulitan itu berhasilkah keluarga mafia itu menyelamatkan diri?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.   

- ### -

 

Cetak