Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Artikel

SIARAN MEDIA - The Natural Disaster

Dikemaskini pada .

 

Dokumentari Bencana Alam di Seluruh Dunia Dalam “The Natural Disaster” Isi Slot World Watch di TV1

 

KUALA LUMPUR, 20 September 2017 – Apakah sebab-sebab bencana alam? Apakah bencana alam yang paling teruk? Apakah jenis bencana alam yang paling teruk? Bagaimana orang boleh terjejas oleh bencana alam? Persoalan tersebut pastinya berlegar di fikiran kita bila mengetahui sesuatu bencana alam itu terjadi.

Dengan semua teknologi yang ada, lebih mudah untuk meramalkan ribut utama, badai salji, siklon, dan bencana alam berkaitan cuaca yang lain. Tetapi masih ada bencana alam yang muncul secara tidak disangka-sangka, seperti gempa bumi, kebakaran hutan, tanah runtuh, atau letusan gunung berapi.

Apakah cabaran yang perlu dihadapi apabila bencana alam menimpa persekitaran manusia? Ia dikongsikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi tayangan dokumentari terbaharu bertajuk “The Natural Disaster”, mulai 26 September ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.30 petang di TV1.

Ikuti 10 episod dokumentari ini perkongsian tentang tsunami yang pertama di kesan berpusat di Hi Lo, Hawaii pada tahun 1946, kejadian yang menimpa Banda Acheh lumpuh 100%, juga kapal terbang dari Brazil telah terhempas kerana cuaca buruk dan usaha-usaha pencarian mayat di kawasan hutan juga peristiwa kapal angkasa di Cape Carneval yang meletup dan membunuh semua angkasawan.

Episod “Tornado” menyorot kisah mengenai Tornado (puting beliung) yang telah memusnahkan tiga buah bandar di Amerika. Namun, bandar-bandar ini telah dibangunkan semula. Attica, Kansas Jarrell, dan Texas Dallas, Houston. Apabila puting beliung melanda menyerang angin kuat yang bergulung akan menyebabkan kemusnahan terhadap harta benda dan turut mengorbankan nyawa. Temuramah dengan pakar-pakar puting beliung. Terdapat juga kumpulan yang menggelarkan diri mereka 'storm chaser’ yang mengikut perjalanan puting beliung untuk membut kajian mengenainya.

Menerusi topik 'Tsunami' dikongsikan pengalaman pengkajian tentang kejadian tsunami yang menggemparkan dunia. Penyelidik membuat kajian dari kejadian awal tsunami yang di ketahui pada tahun 1946 di Hawaii, 1960 yang berlaku di Hawaii juga dan 1975 yang menimpa Jepun. Menunjukkan footage-footage kejadian Tsunami sebelum ini serta kemusnahan yang dibawanya.

Diikuti 'Earthquake' menceritakan kejadian gempa bumi yang melanda San Francisco pada 1906 serta beberapa siri kejadian gempa bumi selepas itu. Kajian dilakukan untuk melihat punca kejadian tersebut serta bagaimana persediaan yang perlu dilakukan untuk menangani masalah tersebut. Seterusnya “Volcano” kisah sewaktu gunung berapi meletup di Kilania Hawaii (1973), di Heimay Island (Pulau Heimay), di Soufriere Hills, Montserreat (1997) berlaku kemusnahan melibatkan harta benda dan nyawa manusia Beberapa orang 'Volcanologist' membuat kajian mengenai gunung berapi.

Negara Jepun telah mengalami bencana alam yang telah memusnahkan harta benda dan juga nyawa manusia. Pada tahun 2011, gempa bumi telah melanda Jepun. Banyak kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa manusia. Bencana alam selepasnya adalah Tsunami. Kemusnahan menelan jutaan nilai mata wang. Perkongsiannya dalam episod “Disaster in Japan”. 

Kemudiannya berkongsi teruja dengan kisah 'Miracle Landing On The Hudson', penumpang-penumpang kapal terbang United Airlines yang terpaksa melakukan pendaratan cemas di dalam sungai Hudson. Penumpang menceritakan detik cemas mereka sewaktu kapal terbang terpaksa mendarat di tengah-tengah sungai di musim sejuk akibat letupan enjin pesawat. Menakjubkan kerana semua penumpang terselamat.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.   

 

- ### -

 

Cetak Emel

offcanvas