Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Artikel

SIARAN MEDIA - Selera Sempoi

Dikemaskini pada .

 

Kongsi Resipi Sihat Atlet Negara Dalam Program “Selera Sempoi” di TV1  

KUALA LUMPUR, 04 Oktober 2017 – Kebisaannya program masakan yang disiarkan berkongsi resipi air tangan istimewa golongan selebriti atau pun artis popular. Namun menerusi program masakan terbaharu yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Selera Sempoi”, penonton berpeluang menyaksikan atlet sukan negara pula ‘turun padang’ menunjukkan anda cara memasak hidangan ringkas namun berkhasiat bersama pengacara Chef Andri Hadi.

Sepanjang 13 episod siarannya bermula pada 12 Oktober ini, setiap Rabu dan Khamis, pukul 11.05 pagi menerusi TV1, Chef Andri Hadi dengan dapur bergerak karavannya, menunjukkan cara masakan yang mudah dibuat atau secara ringkas. Namun setiap resipi yang dihidangkan akan dinyatakan juga keistimewaan zat yang ada di dalamnya.

Pemakanan yang sihat dan berkualiti memang membantu atlet meningkatkan prestasi diri. Perancangan yang betul dalam plan pemakanan atlet perlulah seimbang dan memenuhi keperluan nutrien yang sepatutnya.

Episod pengenalannya membawa Chef Andri pergi ke Stadium Negara untuk membuat masakan bersama Farah Ann Abdul Hadi, atlet gimnastik negara bagi acara gimnastik dan berada di Gimnasium Negara, Bukit Jalil. Dalam karavannya, mereka bersama memasak resipi “Risotto Cendawan” dan “Air Tomato Oren Bersusu”.

Episod seterusnya berada di Bayuemas Indoor Bowls Stadium bersama Mohd. Azwan Shuhaimi, atlet boling padang negara, pemenang pingat emas di Asian Lawn Bowls Championshp (2005) dan pingat perak di Sukan SEA ke- 23. Mereka berkongsi resipi “Udang Cili” dan “Jus Naga Susu”.

Chef Andri dengan karavannya turut ke Lapang Sasar Menembak di Bukit Jalil menemui Nur Ayuni Farhana Abd. Halim, atlet menembak negara yang berpengalaman selama 8 tahun dalam sukan menembak dan telah mewakili negara ke peringkat antarabangsa sejak tahun 2010. Menu mereka untuk kali ini adalah “Cous Cous Siakap Tomtam” dan “Jus Epal Merah Strawberry”.

Seterusnya Chef Andri pergi ke trek balapan Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil dan menemu bual Nauraj Singh Randhawa, Atlet balapan bagi acara lompat tinggi dengan pencapaian meraih pingat emas di Sukan SEA ke-23 di Myanmar dan mewakili negara bagi acara tersebut ke peringkat antarabangsa sejak tahun 2013. Sambil bercerita mereka memasak “Canape Udang Salsa Mangga” dan “Jus Mangga Yogurt”.

Menerusi episod lain Chef Andri pergi ke Kompleks Sukan Negara untuk bersama atlet Shree Sharmini Segaran, atlet karate negara, pemegang gred DAN/KYU (1 DAN) dan pernah meraih pingat gangsa untuk acara Kumite Wanita 68kg di Jakarta dalam tahun 2013. Mereka bersama memasak “Faritas Ayam Panggang & Labu Penyek” dan “Jus Labu Madu”.

Ikuti juga episod bersama tetamu undangan Nor Hashimah Ismail di Bayuemas Indoor Bowls Stadium berkongsi berpengalaman selama 19 tahun dalam boling padang dan telah mewakili negara ke peringkat antarabangsa sejak tahun 1995. Kunjungan ke Lapang Sasar Menembak, Majlis Sukan Negara di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil bersama seorang ahli sukan menembak negara, Mohd. Ridzhuan Mohamed.

Bertempat di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid bersama atlet boling negara, Isaac Russell Paul yang mewakili Negara sejak tahun 2008 dan pada tahun 2012, Isaac pernah memenangi Kejuaraan Peringkat Kebangsaan.

Turut ditemubual atlet renang negara, Khoo Chai Lin, di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, Mohd. Fitri Saari (atlet hoki negara), Nurrashidah Abd. Rashid (pemain takraw negara), Syaidatul Afifah (pemain bowling wanita negara), dan Nadia Abd. Rahman (pemain hoki wanita negara).

Resipi istimewa yang turut disediakan “Burger Sayuran & Kacang Kuda”, “Salad Ayam Avokado”, “Ubi Keledek Mera & Tuna Mix”, “Kari Ayam Bayam & Nasi Jintan Manis Jagung”, “Penne Pasta Bebola Daging Epal”, “Kebab Kambing & Sos Nenas”, “Salmon Percik dan Salad Mentega Kacang” juga “Pasta Filet Ikan Merah”.

Jus berkhasiat yang perlu dicuba “Jus Tembikai Susu Ceri”, “Jus Avokado Cip Koko”, “Jus Betik Delima”, “Jus The Hijau Bayam”, “Jus Epal Hijau Pegaga”, “Jus Nenas Kelapa Muda”, “Jus Nangka Madu Epal” dan “Jus Pisang Bluberry”.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.   

 

 

- ### -

Cetak Emel

offcanvas