Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A
  • Utama
  • Terkini
  • Artikel
  • SIARAN MEDIA - Mohd Rafiq Ismail Pemenang Utama Hadiah Kuiz Terkumpul Salam Baitullah 2017

Artikel

SIARAN MEDIA - Mohd Rafiq Ismail Pemenang Utama Hadiah Kuiz Terkumpul Salam Baitullah 2017

Dikemaskini pada .

 

Mohd Rafiq Ismail Pemenang Utama Hadiah Kuiz Terkumpul Salam Baitullah 2017

KUALA LUMPUR, 27 September 2017 – Majlis penyampaian hadiah Kuiz Salam Baitullah ke-8 berlangsung di Lobi Wisma Berita, Angkasapuri, baru-baru ini. Hadiah disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Muis Sheffii, Timb. Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) kepada tiga orang pemenang utama yang berjaya menjawab soalan dengan tepat berserta slogan menarik.

Pemenang utama kuiz terkumpul Salam Baitullah 2017 adalah Mohd Rafiq Bin Ismail dari Bachok, Kelantan menerima pakej umrah untuk seorang dan produk Serai Mas Herbs Trading bernilai RM700.00.

Manakala tempat kedua dimenangi oleh Siti Nooraini Bt Tuhalus dari Muadzam Shah, Pahang dan tempat ketiga dimenangi oleh Hamizah Nur Baiyinah Hamzah dari Endau, Johor Darul Takzim. Masing-masing tempat kedua dan ketiga menerima pakej cruise penyucian jiwa untuk seorang berserta produk Serai Mas Herbs Trading bernilai RM500.00 dan RM300.00.

“Sepanjang tempoh siaran banyak maklumbalas positif yang diterima daripada penonton program ini. RTM berbangga dengan kerjasama penaja ke arah menyampaikan ilmu yang bermakna kepada seluruh umat Islam. Begitu juga usaha penambahbaikan akan dilakukan untuk program ini pada masa yang akan datang”, menurut Tuan Haji Abdul Muis Sheffii.

Program Salam Baitullah 2017 sebuah dokumentari terbitan Seksyen Ehwal Semasa RTM bertujuan memaparkan aktiviti jemaah, pengurusan serta operasi sepanjang musim haji. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi maklumat terkini keadaan di Tanah Suci kepada sanak saudara dan umat Islam di tanah air dan sekitar Asia Tenggara.

Program ini telah disiarkan secara langsung bermula 19 Ogos - 3 September 2017, pukul 9.00 malam - 10.00 malam di TV1 iaitu melibatkan 16 episod siaran.       

Musim kelapan siarannya menampilkan pengacara Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoffree dan Heliza Helmi di samping jemputan tetamu-tetamu hebat seperti Dato' Ustaz Kazim Elias, Imam Muda Asyraf, Dato' Ustaz Dr. Izhar Ariff, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ustazah Dr. Nik Salida, Ustaz Ahmad Dusuki, Ustaz Farid Ravi, Ustazah Isfadiah dan ramai lagi.    

   

Penaja utama Serai Mas Herbs Trading dengan tagline Jus Hidayah Gold, Raja Segala Herba serta penaja bersama Tabung Haji tahun ini telah menaja kru produksi Salam Baitullah ke tanah suci membuat penggambaran dan liputan haji di sana. Kru terlibat adalah Fathil Hidayat Gazali dan Ahmad Muzaffaruddin Iskandar selaku penerbit lokasi tanah suci, Mohd Suhaimi Mahmud (jurukamera), juga dua juruteknik ENG iaitu Muhammad Asyraf Zakaria dan Mohd Jeffri Baharom.   

Program yang mendapat rating tertinggi pada musim haji ini sentiasa menjadi pilihan utama bukan sahaja penonton di Malaysia, malah Brunei dan Singapura juga tidak ketinggalan mengambil bahagian menyertai kuiz dan panggilan telefon di studio.

- ### -

Cetak Emel

offcanvas