Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Artikel

SIARAN MEDIA - Gabuk

Dikemaskini pada .

 

Penyesalan Suami Dalam Telemovie “Gabuk” di TV1

KUALA LUMPUR, 04 Oktober 2017 – Pepatah Melayu ada mengatakan “Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”. Dalam Islam telah diajar bahawa kasih sayang diutamakan kepada keluarga, suami, isteri dan anak. Begitu juga sesama insan. Lumrah seorang isteri pastinya mengharapkan suami sentiasa bersama keluarga setiap hari dan majoriti isteri mencurahkan kasih sayang segalanya kepada suami. Kerana itulah ramai isteri yang hilang pedoman apabila ditinggalkan suami samada dimadukan, diceraikan atau ditinggalkan untuk selama-lamanya.

Menampilkan gandingan mantap pelakon Fauziah Nawi, Abu Bakar Omar, Normah Damanhuri, selain turut dibantu oleh Zarina Zainoordin, Zain Hamid, Hairie Safwan, dan Ungku Hariz, drama “Gabuk” bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sememangnya sarat dengan elemen ikatan kekeluargaan dan kasih sayang. Namun segalanya terlerai akibat watak utamanya yang terlalu mengejar dunia dan harta.

Kisahnya berkembang dengan watak utama Qatam seorang suami yang cuai tanggungiawab terhadap isteri dan ibunya. Dia meninggalkan mereka untuk membina kekayaan di ibukota, dan berjaya. Kejayaannya dikongsi bersama penduduk kampung melalui kerja-kerja amal yang dilakukan melalui orang perantaraannya Saif dan Bahrin.

Sepanjang peninggalannya, Qalam tidak pernah pulang menjengah isteri dan ibunya.

Qalam menghadapi krisis perniagaan dan diancam oleh Alrigo, rakan niaga dari luar negara yang diuruskan oleh Bahrin. Qalam terpaksa pulang ke kampung selepas lima tahun mengasingkan diri, untuk mendapatkan geran hartanah peninggalan warisan keluarga bagi menebus masalah kewangan yang dihadapi.

Qalam terpaksa mengakui kelemahannya membelakangi hak isteri, ibu dan kaum keluarga hanya semata-mata menurut kehendak hati yang kononnya dipaksa berkahwin dengan Huda dan mewarisi kekayaan keluarga yang dianggap tidak bermaruah.

Semasa ibunya masih hidup, Qalam pernah ditegur akan sikap gabuknya kerana gagal menunaikan tanggungjawab sebagai lelaki yang beramanah terhadap isteri dan keluarga.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gabuk? Dapatkah Qalam mengembalikan keyakinan isterinya selepas ditinggalkan sekian lama? Siapakah dalang di sebalik krisis perniagaan yang dihadapi oleh Qalam? Semuanya dalam Gabuk.

Ikuti kesudahan telemovie menarik yang disiarkan mengisi slot Panggung Seri di TV1 pada 14 Oktober ini, pukul 10.00 malam.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.   

 

 

- ### -

Cetak Emel

offcanvas