Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Artikel

SIARAN MEDIA - Ekspresi Kreatif D.I.Y Daphne

Dikemaskini pada .

 

“Ekspresi Kreatif D.I.Y Daphne”, Kongsi Kreativiti Barang Terpakai di TVi

 

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2017 – Menampilkan hos Daphne Iking, program majalah bertajuk “Ekspresi Kreatif D.I.Y Daphne” berkonsepkan DIY (Do It Yourself) sedang bersiaran setiap Isnin, pukul 12.00 tengahari dan ulangan 6.00 petang di saluran TVi (Astro 109) memberikan informasi tentang barang yang boleh di lakukan sendiri dengan kos yang murah atau mengunakan barang yang sedia ada.

Selain dapat mengembangkan kreativiti, program 13 episod ini juga mengetengahkan usahawan yang menjual produk DIY mereka. Pengambaran dijalankan di dalam studio dan di lokasi terpilih di luar.

Daphne Iking memberikan 'insight' mengenai penggunaan cara menggunakan bahan-bahan terbuang bersama dengan artis undangan. Program ini juga memberikan 'tips' berkaitan dengan bahan-bahan terbuang dan berkaitan dengan tema berlainan setiap episod. Bukan itu sahaja, program ini turut memperkenalkan usahawan muda yang membuat perniagaan melalui 'on-line', facebook.

Antara artis undangan termasuklah Atilia membuat rak pejabat gunakan kayu pallet, Izzue Islam, Daiyan Trisha, Ain Edruce, Nad Zainal, Aliff Hadi membuat 'skateboard' terpakai juga wartawan hiburan Ally Ariffin.

Episod pertama berkongsi memaparkan cara penyediaan 'Baju T tampal' menggunakan kain perca dan membuat pelipat baju menggunakan kotak. Seterusnya menunjukkan cara-cara membuat baju t die and tie dan jean terpakai dijadikan beg sandang. Usahawan DIY dipilih iaitu Norhayati dari 'Pink Heart Craft.' Segmen menu oleh Cef Fikree yang menyediakan smootie dan salad buah.

Apakah yang istimewanya dengan kayu pallet? Turut dikongsikan cara-cara membuat jam kayu pallet dan meja kayu pallet DIY. Usahawan DIY dipilih Nana dari Cone Super Surprise. Turut dikongsikan bingkai gambar kayu pallet dan frame poster kayu pallet. Usahawan DIY iaitu Mohd Zarin dari 'Rustik Root’ berkongsi cara membuat rumah kucing.

Ikuti juga perkongsian cara-cara membuat rantai sarang burung menggunakan dawai dan manik juga membuat pemegang tablet dapur (kitchen tablet holder) gunakan papan pemotong. Usahawan DIY iaitu Hazwani dari Little Tatih menerangkan cara membuat kasut bayi juga penyediaan membuat hadiah 'goodie' iaitu 'candy bar' dengan menggunakan kekacang.

Tidak kurang menariknya cara-cara membuat alat pemberat DIY bar bell dihasilkan menggunakan botol, pasir dan kayu panjang serta membuat 'skipping rope' (tali lompat) menggunakan wayar sterika yang tidak digunakan lagi. Usahawan DIY, Nurhidayah dari Cushy Candy menyediakan hadiah (hamper) yang merupakan resepi coklat dan pelbagai.

Penonton berpeluang mengetahui cara-cara membuat bunga kertas warna dan gelang menggunakan berus gigi / tali kasut / manik. Usahawan DIY bernama Yayah membuat pencuci badan (body scrub) gunakan madu dan buah-buahan.

Ketahui juga cara-cara mewarnakan barangan lama agar nampak baru seperti kasut terpakai berwarna-warni (guna glitter powder) dan hiasan telefon mengggunakan pewarna kuku. Selain itu menu kek Trifle lazat disediakan oleh Chef Fikri. Segmen usahawan DIY pula mengundang Atikah dari Etique membuat pouch serba guna.

Ikuti banyak lagi perkongsian menarik seperti cara-cara membuat meja bag bagasi dan rak kasut menggunakan 'skateboard' terpakai, botol bunga dan pelita daripada 'bulb' lampu yang rosak, bekas dekorasi bunga dan laci kaktus juga menyediakan tempat gantung menggunakan pemegang botol.

Usahawan DIY lain termasuklah Khairul Ashraf dan Nik Sallehuddin dari Fine Grit Studio membuat penyangkut baju dinding, Muhamad Redzuan dari Tie Dye Legacy membuat pakaian dengan cara tie dan dye, Nazahil Hasnah membuat hamper menggunakan diaper dan bahan-bahan lain untuk ibu bapa yang baru menerima kehadiran bayi.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.   

 

 - ### -

 

Cetak Emel

offcanvas