Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Artikel

SIARAN MEDIA - Snap

Dikemaskini pada .

 

Kerjaya Jurufoto Profesional Dalam Travelog “Snap” Bersama Hos Kodi Rasheed di TV1

 

KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2017 – Setiap kerjaya yang dipilih pasti ada cabarannya. Begitu juga cabaran menjadi seorang jurufoto profesional. Nampak macam senang, namun mereka menggalas tanggungjawab yang besar dalam menghasilkan ‘karya seni’ mereka. Apatah lagi bila berhadapan dengan majikan atau pelanggan yang mendambakan foto yang terbaik untuk diabadikan sepanjang hayat. Tak kurang juga yang mahu memasarkannya dalam bidang komersil seperti pengiklanan dan sebagainya.

Menampilkan pelakon Kodi Rasheed sebagai hos, program travelog terbaharu bertajuk “Snap” terbitan NS Star Studio berkonsepkan pembelajaran fotografi secara santai bersama jurufoto profesional antara daya tarikan terbaharu penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM). 

Bakal bersiaran mulai 22 Oktober ini, setiap Ahad, pukul 1.30 petang di TV1, program 13 episod arahan Amor Rizan ini mengajak penonton mempelajari seni dan proses fotografi dalam mengenali perbezaan jenis aliran (genre) yang berbeza. Menariknya program ini turut diselitkan dengan visual dan tip-tip penggambaran boleh dipelajari penonton.

Penonton turut didedahkan dengan perbezaan genre dan cabaran yang ada dalam bidang fotografi profesional termasuklah jurufoto di set penggambaran, kembara, majlis perkahwinan dan keramaian, sukan permotoran, landskap, di bawah permukaan air, seni bina, pakar hidupan liar dan semula jadi, makanan, potret, juga selebriti.

Dalam episod pengenalannya dengan pakar jurufoto bernama Zainal Abdul Halim ke Taman Negara Kelantan untuk mengambil gambar mengenai kehidupan kaum Orang Asli Bateq. Seterusnya Kodi Rasheed ke set penggambaran sebuah telefilem menemui Ahmad Ghazali seorang juru foto yang mengambil foto-foto aksi di sebalik tabir. Juru foto di sebalik tabir melakukan fotografi di set drama, filem atau studio. Menariknya foto-foto yang diambil akan digunakan untuk publisiti dan ia juga berperanan dalam menyumbangkan kejayaan sesebuah filem atau drama.

Banyak lagi pengalaman dikongsikan Mohd Hidayatullah yang pernah menjadi juara video merdeka dan memenangi pertandingan gambar pendek anjuran BMW. Hidayatullah berkongsi pengalaman mengenai lawatannya ke India dan gambar-gambar yang diambil di sana. Temui Ijoy Zarin, jurufoto perkahwinan, majlis dan keramaian keluarga membuat penggambaran majlis perkahwinan di dalam dewan dan di luar atau ‘outdoor photograpy.‘ Ijoy berkongsi pengalaman dan tip mengambil gambar perkahwinan serta cara-cara menyunting gambar.

Berikutnya bersama Mohamad Shahrizan seorang pakar dalam fotografi sukan permotoran membuat penggambaran lumba kereta di Sepang. Shahrizan berkongsi pengalaman dan tip mengambil gambar permotoran serta cara-cara menyunting gambar. Tidak kurang menariknya bersama Fakrul Jamil pakar dalam fotografi landskap sejak 6 tahun lalu membuat penggambaran alam semula jadi di Putrajaya. Begitu juga perkongsian pengalaman oleh Napie Moksin jurufoto profesional dalam fotografi di bawah permukaan air. Pengacara ikut Moksin membuat pengimejan di bawah permukaan air dan beliau telah mengambil gambar di Akuarium Pusat Sains Negara dan Tasik Putrajaya.

Dekati juga Azlan Kasroh seorang jurufoto seni bina atau ‘architectural photography’ membuat pengimejan sebuah rumah kayu di Negeri Sembilan yang pernah memenangi anugerah Aga Khan untuk seni bina,  Sulaiman Salikan jurufoto pakar kehidupan liar dan apa-apa yang berkaitan dengan semula jadi, Azhari Yusuf pakar fotografi makanan di Malaysia, Hafizudin Hamdan jurufoto gambar-gambar individu mahupun majlis perkahwinan, Hafiz Pino jurufoto selebriti dan artis terkenal tanah air juga Steven Goh jurufoto fotografi jalanan.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.   

 

 - ### -

 

Cetak Emel

offcanvas