Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Artikel

SIARAN MEDIA - Cik Gayah Stailo

Dikemaskini pada .

 

13 Wanita Berjaya Dalam Kerjaya, Stailo dan Mempunyai Empayar Perniagaan Sendiri Dalam Program “Cik Gayah Stailo” di TV1

 

KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2017 – “Kejayaan tidak akan dicapai secara mudah jadi kita perlu berusaha secara bersungguh-sungguh. Carilah sesuatu untuk mendorong kita mencapai impian kita”. Antara kata-kata hikmat dikongsikan usahawan wanita berjaya dalam program majalah terbaharu bertajuk “Cik Gayah Stailo” disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 21 Oktober Ini, setiap Sabtu, pukul 12.30 tengah hari di TV1.

Menampilkan Keena Wahab sebagai pengacara, program 13 episod ini berkongsi kisah kehidupan, penampilan dan kejayaan wanita, dalam empat segmen berlainan iaitu ‘Cayalah’ yang memaparkan latar belakang wanita jemputan. ‘Infonita’ pula memberi info tentang kerjaya wanita tersebut. ‘Hobi’ yang menceritakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan ketika lapang dan ‘Tip’ yang memberikan kata-kata inspirasi untuk mencapai kejayaan.

13 wanita-wanita berjaya dalam kerjaya, stailo dan mempunyai empayar perniagaan sendiri menjadi tetamu undangan setiap episod. Mereka bukanlah ‘calang-calang’ wanita sebaliknya bakal memberikan inspirasi kepada wanita lain di luar sana kerana dengan azam yang jitu dan kesungguhan seseorang itu mampu membuahkan kejayaan dalam hidup seseorang.

Wanita berjaya yang ditemubual termasuklah Puan Azlinna Ahmad (kontraktor), Puan Fairus Zani (usahawan pembuatan terrarium / gubahan hiasan dalam balang), Dr. Norhuda Daud (pemilik Klinik Pergigian Qaseh), Puan Suraya Sharifuddin (pengasas dan Pengarah Kreatif Sakura Malaysia), Puteri Intan Zarith (usahawan produk kecantikan), Zurriatul Kamalia Khazin (usahawan permotoran), Puan Adilah Ahmad Khairuddin (pemilik butik ‘Poya Boutique’), Puan Nur Aisha Muhammad Riduan (pemilik butik aksesori), Puan Norfazian Mohd Nor (usahawan bidang perhubungan awam).

Keena turut berkongsi inspirasi kejayaan Puan Siti Fairuz Mohd Sulaiman (usahawan bidang optometri), Puan Atira Remy Murni Mohd Ali (pemilik butik pengantin), Cik Norhazimah atau lebih dikenali sebagai Xema Su (pereka fesyen terkenal tanah air) dan Cik Zaliza (usahawan pengiklanan).

Episod pengenalan membawa penonton mendekati Puan Azlinna Ahmad yang berjaya mengubah hidupnya dibesarkan di kawasan setinggal di Kuala Lumpur namun kini bergelar kontraktor berjaya. Kata-kata perangsang turut dikongsikan ibu tunggal yang gemar meluangkan masa ke gimnasium selain hobi utamanya menunggang motosikal berkuasa tinggi dan motosikal lasak.

Bersama tetamu usahawan pembuatan terrarium iaitu gubahan hiasan dalam balang, Puan Fairus Zani dimana hasil tangan beliau mendapat permintaan yang menggalakkan daripada pembeli  dan hiasan ini telah menjadi satu ‘trend’ sekarang. Keena turut mengundang Dr. Norhuda Daud atau dikenali juga sebagai Dr. Qaseh, pemilik Klinik Pergigian Qaseh yang menerangkan tentang kerjanya dan pentingnya penjagaan gigi kepada Keena. Selain aktiviti lasak, Dr. Qaseh juga terlibat dengan aktiviti kemanusiaan. Aktiviti beliau didukung oleh suaminya yang turut sukakan aktiviti lasak.

Kenali pengasas dan Pengarah Kreatif bagi Sakura Malaysia, syarikat yang mengeluarkan beg tangan, pakaian serta minyak wangi, Puan Suraya Sharifuddin. Sakura Malaysia bermula pada tahun 2012 dengan penghasilan beg membeli-belah daripada 40 helai kain batik milik ibu mertuanya. Sekarang Sakura Malaysia telah diambil alih oleh syarikat daripada United Kingdom dan akan mula memasuki pasaran antarabangsa. Begitu juga bersama tetamu Puteri Intan Zarith usahawan produk kecantikan berjaya yang menceburi perniagaan kecantikan sejak tiga tahun lalu setelah bekerja dengan syarikat Jepun selama enam tahun.

Keena telah menemui Zurriatul Kamalia Khazin, usahawan di bidang permotoran. Selain usahawan, dia juga sedang melanjutkan pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah di UKM. Di rumahnya, Lia telah menunjukkan koleksi topi keledar dan jaketnya yang berbagai kepada Keena. Menerusi segmen kedua iaitu ‘Infonita’, Lia telah membawa Keena ke pusat jualan motosikalnya, “Kamalia Motoworld” yang menjual berbagai jenis motosikal dan peralatan permotoran. Lia juga turut membawa Keena menunggang motosikal berkuasa tinggi, ‘Harley Davison’. Seterusnya Keena dibawa makan bersama kedua ibu bapa dan tunang Lia. Dalam segmen ‘Tip’, Lia menuturkan kata-kata hikmat yang boleh dijadikan panduan untuk semua.

Ikuti banyak lagi perkongsian usahawan wanita kebanggaan semua ini dalam keseluruhan program “Cik Gayah Stailo” di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.   

 

 - ### -

 

Cetak Emel

offcanvas