Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Artikel

SIARAN MEDIA - From Spain To Morocco

Dikemaskini pada .

 

Travelog “From Spain To Morocco” Bersama Kamal Adli Di TV2

 

KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2017 – Travelog pengembaraan pelakon Kamal Adli ke dua negara yang berbeza budaya dan juga benua iaitu Sepanyol dan Maghribi direalisasikan dalam program travelog terbaharu bertajuk “From Spain To Morocco”.

Perjalanan Kamal yang bermula dari Barcelona, Madrid, Cordoba, Granada, Seville sebelum ke Tangiers, Casablanca dan berakhir di Marrakesh, penuh dengan informasi dan hiburan membawa penonton melihat dan merasai sebuah pengalaman yang penuh inspirasi dan menarik disiarkan mulai 22 Oktober ini, setiap Ahad, pukul 11.30 pagi menerusi saluran TV2.

Sepanjang 13 episod bersiaran, sama-sama rasai penjelajahan Kamal dari kota yang terkenal dengan bola sepak dan senibina, hingga kota yang pernah menjadi empayar Islam terbesar di dunia.

Dalam episod pengenalannya, Kamal akan membawa penonton ke Barcelona dan melawat Camp Nou, sebuah stadium yang tak asing lagi untuk peminat bola sepak dunia. Kemudian Kamal akan membawa penonton ke Casa Battlo - sebuah senibina hasil sentuhan Antoini Gaudi sebelum berjalan-jalan di sekitar Passeig De Garcia.

Perjalanan Kamal melawat La Rambla - sebuah jalan yang sangat terkenal di kalangan pelancong. Dan kali ini juga, penonton akan diperkenalkan dengan sebuah monumen ikonik yang sangat sinonim di Barcelona iaitu Sagrada de Familia. Kemudian Kamal akan membawa penonton akan dibawa berbasikal di pantai Barcelona sambil melihat aktiviti masyarakat di pantai.

Kamal meneruskan pengembaraannya di Sepanyol dengan menuju ke kota Madrid. Di sana, Kamal berjumpa dengan pelakon Malaysia terkenal - Fathia Latiff di Flea Market terbesar sebelum ke Stadium Bernabeu. Kamal juga sempat melihat kawasan Royal Palace, Muzium Prada dan ke kawasan sibuk di Puerta Del Sol.

Kali ini Kamal akan mula memasuki salah satu negeri Andalusia di Sepanyol- Cordoba. Dari Masjid-Gereja, rumah-galeri Casa Andalucia hinggalah ke sebuah bangunan bersejarah – Alcazar. Kamal mengunjungi kota lama yang telah musnah di Cordoba iaitu Meddina Az-Zahra juga melawat beberapa bangunan bersejarah lain seperti Almadovar Gate, jambatan dan menara yang dijadikan kubu di Sungai Gualalquivir.

Pada episod berikutnya, Kamal menuju ke Seville, negeri terbesar di Selatan Sepanyol. Di sini Kamal akan menuju terus ke Plaza Espana, sebuah monumen yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO dan juga lokasi penggambaran filem Star Wars. Keterujaan Kamal dikongsikan melawat muzium laga lembu dan meyaksikan aksi laga lembu di Plaza Del Toros juga ke sebuah pasar di Seville untuk melihat budaya di sini. Kemudian Kamal akan meyaksikan sebuah persembahan flamenco yang mengujakan.

Seterusnya Kamal bakal membawa penonton berjalan-jalan sekitar Granada. Selepas melihat Plaza Nuova, makan makanan tempatan, Kamal akan menuju ke perkampungan Albaicin untuk melihat pemandangan senja di Granada yang begitu menakjubkan. Di Granada juga penonton dibawa melihat sebuah kota yang cukup terkenal - Al Hambra. Kemudian dari Granada, Kamal akan menuju ke Algeciras sebelum melintasi lautan untuk ke Maghribi. Kamal meneruskan kembara ke sebuah kota yang cukup terkenal - Casablanca. Dari melawat ke masjid terbesar hinggalah melawat sekitar pantai.

Melengkapkan destinasi perjalanan travelog ini, Kamal membawa penonton ke Marrakesh - ibu negara Maghribi. Di sini Kamal sudah pasti akan ke pasarnya yang mempunyai pelbagai barangan istimewa sebelum mengakhiri perjalanan di Djemaa El Fna, sebuah dataran yang cukup terkenal. Di Marrakesh, Kamal akan bergerak menuju ke sebuah kawasan pergunungan untuk mendaki dan melihat air terjun. Sepanjang perjalanan, kamal akan melihat budaya orang Berber dan merasai makanan mereka.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.   

 

 - ### -

 

Cetak Emel

offcanvas