Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Artikel

SIARAN MEDIA - Amnesia Pelamin Erina

Dikemaskini pada .

 

“Amnesia Pelamin Erina”, Telemovie Arahan dan Lakonan Zul Huzaimy Di TV2

 

KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2017 – Pastinya telemovie yang diarahkan oleh Zul Huzaimy bertajuk “Amnesia Pelamin Erina” mempunyai tarikan yang tersendiri apatah lagi dengan kehadiran pelakon Izara Aishah yang cukup dikenali dengan lakonan yang mantap. Begitu juga dengan pelakon-pelakon lain yang tidak kurang hebatnya seperti Azrel Ismail, Liza Othman, Dato’ Amin Khan dan Roy Azman.

Kisah pengorbanan dalam krisis cinta tiga segi dua orang lelaki dengan seorang wanita yang mengalami masalah ‘amnesia’ ini yang turut dibintangi oleh Zul Huzaimy sebagai pelakon utama disiarkan mengisi slot Citra di TV2 pada 27 Oktober ini, pukul 9.30 malam.

Kisah sepasang kekasih yang cinta mereka tidak direstui ayah wanita kerana perbezaan taraf. Ia bermula dengan watak Haziq dan Erina bercinta namun tidak direstui ayah Erina kerana beliau merasakan kerjaya Haziq tidak mempunyai masa depan.

Erina kemudiannya terpaksa menurut permintaan keluarganya bertunang dengan Rizal yang merupakan anak orang ternama. Pada masa sama kebetulan Rizal merupakan rakan kepada Haziq.

Satu hari Erina terlibat dalam kemalangan dan mengalami masalah hilang ingatan atau ‘amnesia’. Rizal yang risau meminta bantuan Haziq untuk proses pemulihan Erina. Keadaan bertambah sukar apabila Erina mula menunjukkan perubahan positif hanya ketika dengan Haziq tetapi tidak dengan Rizal.

Situasi itu menimbulkan rasa tidak puas kepada Rizal. Rizal bergaduh besar dengan Haziq dan menuduhnya cuba mengambil kesempatan pada tunangnya, Erina. Haziq serba salah kerana pada sama dia masih lagi mencintai Erina. Begitu juga Erina yang setia dengan cintanya terhadap Haziq.

Akhirnya Haziq mengambil keputusan yang tidak disangka-sangka. Dia sedia mengalah dan berkorban membohongi Erina bahawa Rizal merupakan cinta hatinya suatu ketika dahulu. Erina pula masih bingung dengan situasi yang berlaku. Kesudahannya siapakah yang menjadi pilihan Erina?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.   

 

 - ### -

 

Cetak Emel

offcanvas