Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Artikel

SIARAN MEDIA - RTM Siar Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2018

Dikemaskini pada .

 

RTM Siar Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2018

 

KUALA LUMPUR, 20 Oktober 2017 – RADIO Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV1 akan menghentikan sementara siaran beberapa programnya pada 27 Oktober ini bagi memberi laluan kepada Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2018. Pembentangan Bajet 2018 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, akan disiarkan secara langsung, tepat jam 3.05 petang. Program televisyen yang terbabit termasuk slot Bidadari : Kampung Semarah Padi, Rona Sabah, Xplorasi, N5, Biz Malaysia dan Getaran Rasa.

Pelbagai rancangan televisyen yang diterbitkan khas bersempena acara penting itu. Antaranya Pre Budget 2018 (23 Oktober 2017, pukul 9.30 malam), yang akan akan membicarakan isu semasa dan mengenai apa yang berlaku di sekeliling kita sekarang ini. Manakala segmen Post Budget 2018 (29 Oktober 2017, pukul 10.00 malam) pula lebih berkonsepkan imbasan terhadap pembentangan belanjawan itu.

Pembentangan Bajet 2018 menampilkan penyampai Zaleha Khairene dan Terrence Dass boleh juga diikuti menerusi myklik.rtm.gov.my/live | http://bajet.rtm.gov.my/ | #RTMMobile.

- ### -

 

 

Cetak Emel

offcanvas