Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Artikel

SIARAN MEDIA - Stesen, Serunding, Sampan Seringgit

Dikemaskini pada .

 

RTM Siar “Stesen, Serunding, Sampan Seringgit” Antara Calon Drama Terbaik Anugerah Skrin 2017

 

KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2017 – Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan drama  bertajuk “Stesen, Serunding, Sampan Seringgit” yang bakal bersaing dengan 18 drama lain dalam Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 3 November depan. 

Mengisi slot Panggung 1, drama ini menemui penonton pada 28 Oktober ini, pukul 3.05 petang di TV1 dengan membariskan pelakon Muhammad Raif Irfan, Muhammad Raif Ikhwan, Khir Rahman, Wan Azli Wan Jusoh, Rosnah Johari, Husairi Husin dan Kamarol Yusof,   

Kisahnya berlatarkan watak Nadi dan Adim, sepupu yang sangat akrab tinggal di sebuah perkampungan tepian sungai. Nadi membesar dengan Maksu Kaseh, ibu kepada Adim setelah ayahnya Osman memutuskan berhijrah ke bandar. Kedua-dunya nekad berpegang kepada janji Osman yang dia akan pulang pada 1 Syawal yang akan datang.

Janji itu 3 tahun yang lalu dan setiap 1 Syawal lah Nadi ditemani Adim menunggu di stesyen keretapi. Penantian kesabaran Nadi itu dirasai bersama oleh Stesyen Master, Azan menemani mereka apabila Nadi dan Adim menghantar bungkusan serunding yang dibuat oleh Maksu Kaseh. Azan juga kecewa melihat kesungguhan kedua anak ini kerana Osman mungkir janji. Maksu Kaseh pula mahu anak-anaknya fokus kepada pelajaran dan menjadi orang baik, namun sekeliling mereka, nilai baik itu sukar mereka boleh jadikan contoh.

Abang Azan iaitu Muslim merupakan pembawa sampan yang mengambil tambang seringgit untuk penduduk kampung merentasi sungai ke bandar. Hubungan Azan dan Muslim dingin kerana salah faham tentang harta peninggalan arwah ayah mereka. Tiada yang pernah tahu bagaimana hendak mendamaikan dua beradik ini termasuklah Pak Wahi, pemilik warung di kampung itu dan dia mendengar, melihat segalanya.

Anak-anak ini tidak faham, mengapa setiap kali bertanya tentang ayah Nadi, Maksu Kaseh akan resah dan tidak selesa dan mengapa Azan dan Muslim yang mereka tahu orang yang baik tetapi tidak boleh berbaik sesama adik beradik?

Dan kemudian mereka mengenali pula seorang lelaki yang dipanggil Hayun, yang pulang menjadi ‘batu api’ pergaduhan Azan dan Muslim.  Dia juga menyebarkan fitnah serunding yang dijual Maksu Kaseh berkulit hingga orang percaya dan tidak mahu membelinya lagi.

1 Syawal lagi sebulan akan tiba. Nadi sudah tidak mahu menunggu dan berharap kepada ayahnya lagi, tetapi Adim yang pujuk dan tidak mahu Nadi putus harap. Ketika itu juga tercetus pertengkaran antara Azan dan Muslim hingga menyebabkan Nadi yang ingin meleraikan pergaduhan itu tercedera. Adim marah namun mujur ada Pak Wahi meleraikan. Kedua beradik itu rasa bersalah dan membawa Nadi ke hospital.

Di bandar, semasa mahu bawa Nadi selepas dapat rawatan, mereka nampak ‘muslihat’ disembunyikan Hayun ‘membodohkan’ orang kampung mereka. Mereka kemudiannya pulang ke kampung dengan pelbagai perasaan.

Hayun pulang semula ke kampung dengan misinya yang tersendiri. Maksu Kaseh berjaya tunjukkan bukti daripada ejennya bahawa Hayun yang mengupah mereka menyebarkan berita palsu. Hayun enggan mengaku.

Muslim dan Azan pula berjaya mengesan muslihat Hayun untuk mendapatkan wang. Hayun cemas dan marah kerana semua niat tak baiknya sudah terbongkar. Hayun cuba lawan tapi dia dipukul.

Maksu Kaseh buka rahsianya mengapa Osman tidak pulang pulang. Nadi terkejut rupanya kerana Maksu Kaseh bergaduh selisih faham dengan ayahnya. Masing masing keras hati Tidak Mahu Meminta Maaf. Lalu Adim pujuk ibunya supaya maafkan ayah Nadi dan pujuk ayah Nadi pulang.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.   

- ### -

 

Cetak Emel

offcanvas