Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Artikel

SIARAN MEDIA - Pinangan ke-20

Dikemaskini pada .

 

 

Reen Rahim Terima “Pinangan ke-20” di TV1

KUALA LUMPUR, 17 November 2017 – Cuti sekolah hujung tahun sememangnya sinonim menjadi pilihan pasangan mempelai memateri janji dan mengikat hubungan percintaan seterusnya disatukan sebagai pasangan suami isteri. Mungkin ramai yang beranggapan pemilihan hujung tahun sebagai pilihan kerana memudahkan bagi saudara mara yang jauh berkesempatan untuk bertandang memeriahkan majlis.

Mengangkat kisah tentang majlis perkahwinan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan telemovie kekeluargaan bertajuk “Pinangan Ke-20” yang mengetengahkan lakonan mantap Reen Rahim, Zahiril Adzim, Aeril Zafril, Anne Abdullah, Dato’ Nash (Lefthanded) dan Sheila Mambo.

Menemui penonton pada 25 November ini, pukul 3.05 petang di TV1, 'Pinangan Ke-20' memaparkan kisah seorang gadis bernama Balqis yang selalu gagal dalam percintaan. Umurnya pula semakin hari semakin meningkat. Situasi itu ternyata membuatkan ibubapanya sudah mula gelisah kerana dia masih belum berkahwin. Ibu Balqis mendesak Balqis supaya cepat mencari jodoh. Mereka tidak mahu digelar andartu.

Meskipun berat menerima kenyataan itu, Balqis akhirnya akur. Namun dia sengaja mengenakan syarat kepada ibu dan bapanya bahawa dia akan menerima pinangan orang yang ke 20. Ibu bapanya juga terpaksa menerima syarat diberikan anaknya itu.

Masa berlalu maka ramailah yang hadir meminang Balqis. Akhirnya dalam keadaan yang terdesak, dia menerima pinangan yang ke 20 seorang lelaki bernama Aariz. Tetapi kemudiannya dia bertindak memutuskan hubungan yang baru terbina tanpa usul periksa kerana mendapat tahu pemuda itu ada hubungan dengan wanita lain.

Dalam situasi yang genting itu Aariz cuba menerangkan situasi sebenar namun tidak dipedulikan oleh Balqis. Dia tetap dengan pendiriannya. Hinggalah satu hari dia menyedari kesilapannya dan kebenaran sebenar terbongkar rupa-rupanya itu adalah perbuatan seorang lelaki yang pernah meminangnya tetapi ditolak.

Apabila Balqis mengetahui kesilapannya, dia dengan rasa bersalah yang teramat sangat cuba untuk meminta ibubapanya pergi bertemu ibubapa Aariz untuk meminangkannya semula. Pada mulanya ibubapa dia enggan kerana tidak pernah dibuat orang wanita meminang lelaki, akhirnya ibubapa Balqis bersetuju.

Namun adakah Aariz pula bersetuju menerima semula Balqis? Ikuti kesudahannya dalam telemovie ini.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.   

 

- ### -

 

Cetak Emel

offcanvas