Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Artikel

SIARAN MEDIA - Salji Untuk Mabel

Dikemaskini pada .

 

 

Khas Krismas – Telemovie “Salji Untuk Mabel” Di TV1

 

KUALA LUMPUR, 18 Disember 2017 – Bayangkan kiranya di Malaysia turunnya salji yang cantik memutih kemudiannya muncul Santa Claus yang menunggang rusa membawa hadiah untuk diberikan kepada kanak-kanak seperti dalam kisah-kisah khayalan dan dongeng Hari Krismas.

Imaginasi indah begitu seringkali diimpikan gadis Tionghua bernama Mabel setiap kali menjelangnya perayaan Hari Natal. Meskipun sedar kekurangan dirinya di mana kedua-dua kakinya cacat sejak dilahirkan, Mabel masih menaruh harapan besar dan bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke Eropah dan menyambut Krismas sambil bermain salji.

Kongsikan momen indah ini dalam telemovie menarik khas Hari Krismas bertajuk “Salji Untuk Mabel” disiarkan pada 23 Disember ini, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV1 yang mengetengahkan pelakon Ixora Chern, Janet Khoo, Kenji Sawahi, Mike Ho dan Eva Emmanyna. 

Mabel, gadis kelainan upaya (OKU) dengan kedua – dua kakinya cacat sejak dilahirkan.  Namun Mabel dalam diam bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke Eropah dan menyambut Krismas sambil bermain salji.

Walaupun berstatus OKU, dia tidak pernah dibezakan oleh ibu bapanya, Melissa dan Mark begitu juga abangnya, Miller. Mabel dan keluarganya tinggal di perkampungan Tionghua dan mereka satu–satunya keluarga Tionghua yang beragama Kristian di kampung berkenaan namun masyarakat tidak pernah meminggirkan mereka walaupun berlainan pegangan agama.

Mabel mempunyai seorang rakan karib yang seusia dan tinggal sekampung dengannya, Yuen dan Yeun menjadi peneman setia Mabel untuk menemaninya ke mana saja mereka pergi.

Bagi membakar semangat supaya dia berusaha gigih agar dapat menyambung pengajian ke Eropah, Mabel menyimpan keratan akhbar dan majalah mengenai sambutan Krismas di luar negara. Tindakannya itu nyata memberikan kesan kerana saban hari semangat semakin bertambah untuk belajar bersungguh-sungguh.

Buat pertama kalinya, sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mabel berkongsi jurnalnya itu, bersama Yuen dan menyebabkan kedua–dua mereka lebih gigih untuk belajar sehingga mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan.

Sebagai penghargaan kepada teman baiknya itu, sebelum menjelangnya Krismas, Yuen merancang satu kejutan kepada Mabel dan keluarganya.  Pada pagi Krismas itu, Mabel dan keluarganya di bawa ke balai raya kampung dengan diberikan kejutan salji diperbuat daripada polistren.

Pada pagi itu juga, satu lagi kejutan dilakukan apabila Santa Claus yang menaiki kereta lembu dengan haiwan berkenaan dihiasi menyerupai rusa untuk menyamakan dengan ciri kenderaan dinaiki Santa Claus.

Santa Claus itu juga membawa satu lagi kejutan kepada Mabel dan keluarganya. Apakah kejutannya? Saksikan apakah kejutan demi kejutan yang dijanjikan pada Krismas ini.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.   

 

- ### -

 

Cetak Emel

offcanvas