Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Artikel

SIARAN MEDIA - Ayda Jebat Calon Menantu Datuk?

Dikemaskini pada .

 

Ayda Jebat Calon Menantu Datuk? Di TV1

KUALA LUMPUR, 18 Disember 2017 – Menawarkan 1 juta ringgit bagi anak-anaknya yang dapat memberikan cucu terlebih dahulu, usah ketinggalan menyaksikan telemovie komedi kekeluargaan bertajuk “Calon Menantu” yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 23 Disember ini, pukul 10.05 pagi di TV1.

Dibintangi pelakon utama Azrel Ismail, Adam Shah, Shaari Hashim, Iezah Diyana, Ayda Jebat, dan Dayana Roza, drama ini turut menampilkan pelakon Ramasundram, Manan Sulaiman, Sheila Mambo dan Pak Lah Cecupak.

Kisahnya berlatarkan watak Datuk Kusni seorang jutawan yang mempunyai tiga anak lelaki, Khairi, Kamil dan Kazim yang kesemuanya masih bujang. Datuk Kusni dan Datin Soleha terlalu mengidam ingin menimang cucu. Atas desakan tersebut Datuk Kusni menawarkan hadiah 1 juta ringgit kepada ketiga-tiga anak lelakinya yang pertama sekali menimang cahayamata.

Khairi, Kamil dan Kazim berlumba-lumba untuk mencari calon isteri. Khairi mencari calon isteri melalui laman sosial di internet. Kamil mencari calon isteri melalui kawannya. Manakala Kazim dengan cara meronda-ronda di pusat membeli belah di ibukota. Namun tidak seorangpun di antara gadis-gadis yang mereka jumpa sesuai untuk dijadikan calon isteri.

Akhirnya Datuk Kusni mengarahkan anak-anaknya pergi ke sebuah pusat peranginan sambil mencari calon isteri mereka. Semasa berada di pusat peranginan itu, Khairi, Kamil dan Kazim bertemu dengan tiga gadis yang bekerja di chalet penginapan mereka iaitu Khairiah, Kamiliya dan Kazimah.

Khairiah adalah gadis yang paling cantik. Manakala gadis yang paling tidak menarik adalah Kazimah. Maka berlakulah perebutan antara ketiga-tiga adik beradik ini sehinggakan menimbulkan perbalahan sesama mereka.

Datuk Kusni dan Datin Soleha datang meleraikan perbalahan anak-anaknya. Akhirnya Datuk Kusni menyarankan anak-anaknya memilih calon isteri berdasarkan kepada persamaan nama mereka. Khairi bakal dijodohkan dengan Khairiah, Kamil dengan Kamilia dan Kazim pula dengan Kazimah.

Khairi dan Kamil menyambut baik cadangan itu. Namun Kazimah tidak mahu menerima Kazim dengan alasan Kazim tidak ikhlas memilihnya. Maka berlangsunglah perkahwinan antara Khairi dengan Khairiah dan Kamil dengan Kamiliya secara serentak. Kazim berputus asa dan menyangka dia telah tewas dalam perlumbaan itu.

Pada suatu hari semasa merentas hutan bersama rakan-rakannya, Kazim telah tersesat ke sebuah kampung. Kazim ditemui oleh Pak Karim dalam keadaan pengsan. Kazim dibawa pulang ke rumah Pak Karim. Kazim telah dirawat oleh anak perempuan Pak Karim. Kazim terkejut apabila mendapati anak perempuan Pak Karim adalah Kazimah. Timbul bibit-bibit percintaan antara mereka. Setelah sihat, Kazim pulang ke rumah lalu meminta Datuk Kusni meminang Kazimah.

Khairiah dan Kamiliya mula menunjukkan tanda-tanda akan mengandung. Mereka berdua mula pening dan muntah-muntah. Khairiah pening disebabkan terlalu letih. Manakala muntah Kamalia pula disebabkan alahan dengan sotong. Sedangkan Kazimah langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia mengandung. Datuk Kusni menyindir Kazimah dengan mengatakan susuk badan Kazimah tidak memungkinkan dia melahirkan anak.

Selang empat bulan berlalu, Khairiah dan Kamiliya yang disangka mengandung tidak langsung menunjukkan tanda pada perut mereka. Manakala perut Kazimah makin lama membesar. Namun apakah kesudahannya?

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.   

 

- ### -

 

Cetak Emel

offcanvas