Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Artikel

SIARAN MEDIA - Hadiah Hari Natal Terbaik 25 Disember Ini di TV2

Dikemaskini pada .

 

 

Hadiah Hari Natal Terbaik 25 Disember Ini di TV2

KUALA LUMPUR, 18 Disember 2017 – Radio Televisyen Malaysia (RTM) meraikan Hari Natal yang disambut seluruh penganut Kristian dengan tayangan empat program terbaik sepanjang hari 25 Disember ini.

Variasi pilihan program yang ditawarkan kepada penonton saluran TV2 ini pastinya membuka ruang kepada orang ramai berhibur dan pada masa sama menerima mesej kebaikan yang disampaikan dalam program yang dijanjikan. 

Sepanjang hari pada 25 Disember ini bermula pukul 2.00 petang saksikan tayangan filem “It’s Christmas Carol!”, diikuti program muzikal “A Wonderful Christmas” (pukul 5.00 petang), “Jaclyn Victor True Meaning Of Christmas Special” (pukul 9.30 malam) dan “20th Miss Tourism International 2017 World Final” (pukul 11.00 malam). 

Filem “It’s Christmas Carol!” lakonan Olivia Cheng, Carrie Fisher, Emmanuelle Vaugier dan Tugh Runyan mengisahkan seorang Ketua Eksekutif syarikat percetakan yang hanya mementingkan kerjayanya dan kejayaan syarikatnya. Beliau mengejar kejayaan sehingga menjadi seorang manusia yang terlalu tegas, tidak bertolak ansur, tidak mempunyai sikap toleransi serta tidak mengindahkan perasaan kakitangannya. Beliau juga telah mengabaikan ibunya dan telah menyingkirkan kekasihnya.

Beliau berseorangan dan kehidupannya sunyi tetapi beliau tidak sedar dan juga tidak mahu mengaku hakikat ini. Bekas ketua pejabatnya, seorang wanita, muncul semula dalam kehidupannya sebagai hantu tetapi dalam bentuk manusia biasa dan membolehkannya melihat semula kehidupannya di masa lampau dan pada masa akan datang. Akhirnya wanita itu menyedari akan kesilapannya dan dapat membentuk semula kehidupannya supaya ianya lebih bermakna dan bahagia. 

Berhibur dengan program muzikal “A Wonderful Christmas” yang menampilkan artis-artis tempatan dengan persembahan lagu-lagu yang mempesonakan. Rancangan hiburan ini disampaikan oleh Michael Xavier dan Cheryl Ong. Mereka memberi penerangan mengenai makna perayaan Krismas dan kenapa ianya di sambut pada 25 hari bulan Disember setiap tahun. Ini disusuli dengan lagu Karol Krismas yang dinyanyikan oleh sekumpulan peserta lelaki dan wanita.

Russel Curtis seorang daripada peserta dalam rancangan ini menceritakan kerja-kerja amal yang dilakukannya semasa Krismas dan mendendangkan sebuah lagu bertajuk, ‘Remember’, orang ramai yang terdiri dari Henderson, Olivia, Aaron, Keluarga Raj, Gayathiri, Aphelia, Xavier dengan isterinya mengucapkan selamat hari Krismas kepada penonton. Sebuah kumpulan penari lelaki dan wanita Portugis dari Melaka yang memakai baju tradisional Portugis mempersembahkan sebuah lagu bertajuk ‘Acapella’ dan menari mengikut irama lagu itu di perkarangan perkampungan Portugis Melaka. Rancangan berakhir dengan pengacara dan peserta menyanyikan lagu ‘Christmas In The Sun dan Belle Of The Ball’.

Diikuti program terbitan Unit Hiburan TV RTM bertajuk Jaclyn Victor True Meaning Of Christmas Special” menampilkan artis-artis tempatan dengan persembahan lagu-lagu yang mempesonakan.

Lewat malamnya saksikan pertandingan “20th Miss Tourism International 2017 World Final” yang berlangsung di Sunway Hotel & Resort. Pertanidngan ini menobatkan peserta dari Filipina - Jannie Loudette Alipo-on sebagai Miss Tourism International 2017.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.   

- ### -

 

Cetak Emel

offcanvas