Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Artikel

SIARAN MEDIA - Wau Itu Bulan

Dikemaskini pada .

 

Kisah Azam Baharu Dalam Telemovie “Wau Itu Bulan” Di TV1

 

KUALA LUMPUR, 27 Disember 2017 – Tibanya tahun baru, pastinya semua akan membuat azam baru, iaitu untuk memperbaiki diri dari segi kerjaya mahupun peribadi. Namun, apa azam yang paling popular dan adakah kita semua mempunyai azam yang sama? Menerusi telemovie kisah cerita rakyat Kelantan bertajuk “Wau Itu Bulan”, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menonjolkan perumpamaan matlamat hidup, bagaikan wau yang berhias, bertali dan berprinsip. Begitulah kita manusia yang berhias cantik tetapi perlu beriman dan bersembahyang.

Dibintangi pelakon Jalil Hamid, Kuza, Mohd. Fikri Aiman, Ku Ain dan Normah Damanhuri, telemovie arahan Malek Rahman ini menemui penonton pada 7 Januari ini, pukul 10.05 pagi menerusi saluran TV1.

Bertemakan pemuliharaan kesenian warisan bangsa, kisahnya berkembang dengan watak Seman Kewek atau Pak Long, garang orangnya tetapi bijak dalam membuat wau. Mahu tetapi takut untuk didekati oleh Bidin, yang berkeinginan belajar membuat wau. Hasnah, kakak Bidin pula berbakat bermain Mak Yong, tetapi tidak dibenar untuk meneruskan kebolehan permainannya. Semuanya kerana Kalsom, emak mereka, peniaga pembuat keropok ikan, inginkan mereka maju dalam pelajaran dan bukan hanya tinggal nama sebagaimana nama peninggalan arwah suaminya, pemain wayang kulit.

Kak Yam, primadona Mak Yong yang kini hanya tenaga pengajarnya sahaja, amat inginkan Hasnah sertai pemain Mak Yong, yang akan bertanding di Kuala Lumpur. Setelah memujuk Kalsom, akhirnya Kak Yam berjaya mengambil Hasnah. Seman pula risau kerana tiada pengganti mewarisi kebolehnya membuat wau. Bagi Seman dia hanya ada Husin, anak sedaranya yang tidak mahu mengikut jejak langkah bapa sedaranya disebabkan oleh kebengisan Seman.

Bidin dibawa oleh Hasnah untuk mendekati Seman. Sergahan teguran Seman menyebabkan Bidin lari. Kemudian Hasnah cadangkan Bidin pergi mengintai cara Seman membuat wau pada waktu malam. Bidin nekad mempelajarinya untuk berusaha bagi memiliki hadiah komputer pertandingan. Jiwa Bidin memberontak kerana kebenaran emak hanya diberikan kakak sahaja dan bukan untuknya. Dia cuba mendapatkan duit bagi membeli kertas wau tetapi tidak diberikan oleh emaknya. Jadi, Budin pergi mengutip cebisan kertas wau buangan Seman.

Kesungguhan Bidin dapat dirasai oleh Seman yang sanggup menurunkan ilmunya kepada Bidin. Seman mengajar Bidin, susun atur jadual hariannya di samping membuat wau. Seman juga mengajar Bidin matlamat hidup, bagaikan wau yang berhias, bertali dan berprinsip. Begitulah kita manusia yang berhias cantik tetapi perlu beriman dan bersembahyang.

Dengan kesungguhannya, Bidin melukis dan menyobek bunga kertas wau dengan bunga wayang kulit gubahan arwah ayahnya. Satu malam, ketika waktu hendak menyiapkan waunya, Seman mendapati kertas wau yang Bidin potong telah hilang. Bidin yang masih bersemangat terus membuat potongan kertas wau yang lain.

Sebenarnya Kalsom terkilan dengan sikap arwah suaminya yang mati dengan tiada meninggalkan pusaka melainkan dua anaknya dan juga isteri muda yang dia tahu hanya setelah suaminya mati.

Hasnah membawa pulang sebuah piala kemenangan dan memberi semangat kepada Bidin untuk terus berjuang bertanding. Akhirnya Bidin mendapat tempat kedua pertandingan dan Husin pula mendapat tempat pertama. Tetapi Seman tahu kemenangan Husin adalah daripada kertas bunga wau milik Bidin.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.   

- ### -

 

Cetak Emel

offcanvas