Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Artikel

SIARAN MEDIA - Detik Tahun 2018 diTV2

Dikemaskini pada .

 

TV2 Kira Detik Tahun Baharu 2018 Janjikan Program Terbaik

 

KUALA LUMPUR, 26 Disember 2017 – Kira detik tahun baharu 2018 Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 menjanjikan tayangan filem, telemovie dan hiburan terbaik sebagai penghargaan terhadap kesetiaan penonton setia salurannya sepanjang tahun 2017.

Sepanjang empat hari berturut-turut, ikuti tayangan tujuh rancangan termasuklah filem “Lost And Love”, “Konsert Hati Emas Kembara”, telemovie “Psikopat”,Konsert MPYO & Friends”, filem “Bunohan”, filem “I”, dan kemuncaknya “My 2018” yang disiarkan malam tahun baharu.

  • Filem “LOST AND LOVE” (28 Disember, pukul 9.30 malam)

Mengisahkan seorang lelaki telah menghabiskan masa selama 14 tahun untuk mencari anaknya yang hilang. Ketika dalam perjalanan, dia menemui seorang remaja yang mengalami nasib sama seperti anaknya. Mereka saling membantu menjejaki orang yang tersayang.

Pelakon : Andy Lau, Boran Jing

  • “KONSERT HATI EMAS KEMBARA” (29 Disember, pukul 2.00 petang)

Persembahan mantap dan menghiburkan oleh kumpulan Kembara. Mereka mempersembahkan lagu-lagu yang membawa nostalgia kepada peminat kumpulan ini. 27 lagu-lagu terpilih dari 7 album disampaikan satu persatu penuh makna. Antara lagu tersebut ialah Ekspress Rakyat, Hati Emas,  Perjuangan,  Kepada Mu Kekasih, Gerhana, Di Perhentian Puduraya, Nusantara, Keroncong Untuk Ana,  Bunga Bakawali, Duit dan Sesat di Kuala Lumpur.

Artis: Kumpulan Kembara

  • Telemovie “PSIKOPAT” (29 Disember, pukul 9.30 malam)

Mengisahkan seorang lelaki bernama Amirul, yang bekerja sebagai pemandu Uber untuk mencari pendapatan sendiri akibat daripada rasa rendah diri yang teramat sangat terhadap isterinya, Marlia. Amirul menjadi seorang PSIKOPAT disebabkan isterinya mendominasikan keluarga terutamanya. Apabila bekerja sebagai pemandu Uber, Amirul berkenalan dengan Syirin, seorang wanita yang hidup bebas. Pertemuan itu menjadi satu perubahan mendadak dalam kehidupan Amirul.

Pelakon : Aida Aris, Kenny Ong, El Faeza Ul Haq, Azhan Rani dan Janet Khoo

  • KONSERT MPYO & FRIENDS” (30 Disember, pukul 8.30 malam),

Persembahan memukau daripada Adibah Noor, Dato Jamal Abdillah dan Harvey Malaiholo bersama Malaysian Philharmonic Youth Orchestra (MPYO) & Friends.

  • Filem “BUNOHAN” (30 Disember, pukul 10.30 malam)

Mengisahkan sebuah kampung di Kelantan, Bunohan menceritakan tentang 3 adik-beradik yang terasing – Adil, Bakar dan Ilham serta bapa mereka yang sakit. Selepas melarikan diri daripada pertarungan maut, Adil seorang peninju tomoi, terpaksa melarikan diri pula daripada pembunuh upahan bernama Ilham. Kejar mengejar ini telah membawa mereka ke sebuah kampung bernama Bunohan. Kehadiran mereka bertiga di kampung Bunohan telah membangkitkan kembali kisah silam Pok Eng sebagai ayah kepada mereka bertiga.

Pelakon : Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim

  • Filem “I” (31 Disember, pukul 2.00 petang)

Lingesan, cacat membongkok yang pernah menjadi pembina badan dan model kacak, bertujuan membalas dendam terhadap orang-orang yang hancurkan hidupnya.

Pelakon : Vikram, Amy Jackson, Suresh Gopi, dan Santhanam

  • “MY 2018” (31 Disember, pukul 10.30 malam)

Konsert khas sempena Tahun Baharu 2018 yang menampilkan persembahan memukau oleh Syamel, Aiman Tino, Ismail Izzani, Mus May, Ara Johari, Rosario, Sarah Raisuddin, Sevendays, Zizi Kirana, Farah Hazel dan Atlet Sukan Sea. DJ Sonic dan Azrul Zaidi merupakan pengacara bagi program ini.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.   

 

- ### -

 

Cetak Emel

offcanvas