Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Penerbitan

RTM Merentas Zaman

Dikemaskini pada .

 

mz

 

"RTM MERENTAS ZAMAN" buku mewah bergambar merakamkan sejarah awal radio di Malaya bermula dengan percubaan menggunakan alat wayarles di Johor pada 1921 untuk menyampaikan maklumat sebagai hobi. Diikutipenubuhan persatuan wayarles di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang memancarkan gelombang radio. Persatuan Wayarles Pulau Pinang menubuhkan Stesen ZHJ pada 1934 sebagai stesen radio pertama negara diikuti inisiatif British mewujudkan radio yang membawa kepada penubuhan Jabatan Radio di Singapura pada 1 April 1946. Stesen radio beroperasi di Kuala Lumpur pada 1951 termasuk di Bangunan Oriental, bangunan lama Hospital Tang Ling di Jalan Young, Rumah Persekutuan dan Wisma Radio Angkasapuri pada 1971.

TV Malaysia bermula di studio, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada28 Disember 1963 dan berpindah ke Angkasapuri pada 1969 yang menggabungkan perkidmatan radio dan TV menjadi Radio Televisyen Malaysia (RTM). RTM terus berkembang di Angkasapuri yang menyaksikan wujudnya Rangkaian Kedua TV Malaysia dan beberapa perkhidmatan radio termasuk Radio Malaysia Ibu Kota (RMIK) dan Radio FM Stereo. TV warna bermula pada 1978 bersama logo baharu RTM diikuti dengan logo-logo berikutnya pada 1987 dan 2004.

Turut dipaparkan teknologi siaran radio dan TV mengikut zaman. RTM juga membantu usaha memupuk nilai-nilai murni masyarakat di samping mencungkil bakat seni melalui Bintang Radio, Bintang RTM, Juara Kugiran, Bakat TV, Dendang Rakyat hinggalah kepada pelbagai pertandingan lain era kini termasuk Rentak Juara, Bintang Klasik Nasional, Pentas Pilih Kasih, Juara Asyik. RTM juga menerima pelbagai anugerah di dalam dan luar negeri.

Buku `RTM MERENTAS ZAMAN’ boleh dibeli di kedai Koperasi RTM Berhad. Hubungi 2287 2033 atau 012-381 3620.

 

 

 

Cetak Emel

offcanvas