Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Penerbitan

Pelan Strategik Jangka Panjang 2010-2015

Dikemaskini pada .

Ringkasan Eksekutif

Assalamu’alaikum, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia,

Para pembaca yang budiman, “Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama...” demi menyahut cabaran ini, Buku Pelan Strategik 2010 – 2015, Jabatan Penyiaran Malaysia ini dapat diterbitkan bagi mencorakkan masa hadapan Jabatan ini. Percambahan dan pencernaan idea dalam kalangan Panel Pemikir warga RTM yang berpengalaman (think tank) telah menghasilkan kupasan isu dan masalah secara terperinci dalam usaha melengkapi fasa-fasa dalam Pelan Strategik Hala Tuju ini. Bahagian-bahagian dalam buku ini telah disusun mengikut perspektif kontemporari pengurusan strategik yang terdiri daripada tiga elemen penting iaitu pembentukan (merangka) strategi, pelaksanaan (implementasi) serta penilaian (evaluasi) strategi. Terdapat sembilan (9) Bahagian di dalam buku Pelan Strategik ini, di mana Bahagian 1 berkaitan Pengenalan, empat bahagian berkaitan Pembentukan Strategi (Bahagian 2 – Bahagian 5), satu Bahagian (Bahagian 6) berkaitan dengan Pelaksanaan Strategi dan satu Bahagian (Bahagian 7) berkaitan Pemantauan dan Penilaian strategi serta dua Bahagian terakhir, iaitu Bahagian 8 merupakan Hala Tuju Jabatan Penyiaran Malaysia dan akhiri dengan Bahagian 9, iaitu Kesimpulan. Buku ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada Jabatan Penyiaran Malaysia serta warganya dan menjadi dokumen rujukan pihak pengurusan untuk menjulang martabat Jabatan Penyiaran Malaysia sebagai sebuah organisasi penyiaran nasional yang terulung dan bertaraf dunia.

Objektif

Pelan Strategik untuk tempoh enam (6) tahun (2010 - 2015) ini, mensasarkan RTM menjadi sebuah institusi penyiaran nasional yang bertaraf dunia dengan menggunapakai pendekatan berikut:

  • Memacu hala tuju RTM
  • Menyediakan rangka kerja dan menelusuri perubahan akan datang
  • Menyusun semula struktur organisasi
  • Menyediakan panduan untuk membuat keputusan
  • Melengkapkan dan memperluaskan rangka kerja dari segi kapasiti dan keupayaan RTM

 

Latar Belakang RTM

Lakaran penubuhan Radio Malaya bermula pada 1 April 1946 di Singapura dan kemudiannya berpindah ke Bangunan Persekutuan, Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur pada 1956 diikuti dengan perubahan nama Radio Malaysia pada 16 September 1963 selaras dengan pembentukan Malaysia. Pada 6 Oktober 1969, operasi siaran telah berpindah ke Kompleks Angkasapuri, Bukit Putra, Kuala Lumpur di mana Radio dan Televisyen telah digabungkan serta diletakkan di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia iaitu salah satu agensi di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Sebagai stesen penyiaran nasional, RTM kini mengendalikan 35 stesen radio, dua (2) stesen TV serta Saluran Muzik Aktif melalui ASTRO 180 dan jalur lebar. Fungsi utama RTM, untuk memenuhi tanggungjawab sosial kerajaan menerusi khidmat siaran TV tidak berbayar (Free-to-air) dan tidak berorientasikan komersial sepenuhnya. Mulai tahun 2000, RTM telah merintis ke arah pendigitalan dan pada 2002 melancarkan DTTB (Digital Terrestrial Television Broadcasting) serta melaksanakan penilaian mengenai kualiti siaran menerusi dua stesen pemancar digital di Ulu Kali dan Menara Kuala Lumpur. Sehubungan itu, Jemaah Menteri telah memutuskan agar RTM meneruskan usaha pendigitalan dengan menetapkan perlaksanaan national roll-out pada 2012 dan analogue switch-off pada 2015.

Wawasan Jabatan

Oleh itu, bagi memenuhi dasar negara, RTM perlu berkembang dan berubah mengikut keperluan semasa dengan melakukan transformasi dari pelbagai sudut. Sebagai ejen pembudayaan dan perubahan VISI, MISI, SLOGAN dan NILAI KORPORAT Jabatan perlu dihayati dan diamalkan secara mapan:


VISI : Organisasi Penyiaran Terulung dan Bertaraf Dunia yang menjunjung Gagasan 1Malaysia


MISI : Menyebarluas Maklumat yang Sahih, Tepat dan Mutakhir


SLOGAN : RTM Tetap Unggul


NILAI KORPORAT RTM:

  • Profesionalisme
  • Kerja Berpasukan
  • Kecemerlangan Berterusan
  • Integriti
  • Sentiasa Berhemah

 

 

 

Cetak Emel

offcanvas