SYARAT KUIZ

 

Saksikan drama Wulan di RTM 1 setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.30 hingga 8.00 malam dan penonton bakal membawa pulang hadiah-hadiah yang lumayan.

Soalan Mingguan : Satu soalan berdasarkan drama berkenaan akan disediakan setiap hari sebagai soalan mingguan. Bermakna terdapat 5 soalan setiap minggu yang perlu dijawab. Penonton diminta menghantar jawapan soalan mingguan melalui SMS selewat-lewatnya pada hari Ahad setiap minggu. Pemenang akan di umumkan melalui crawler pada setiap hari Jumaat pada minggu berikutnya.

Soalan Bulanan : Satu soalan berdasarkan drama berkenaan setiap minggu disediakan sebagai soalan terkumpul bulanan. Bermakna terdapat 4 soalan setiap bulan untuk dijawab.

Bagi soalan bulanan, pemenang akan di pilih berdasarkan jawapan yang betul dan slogan yang paling menarik. Slogannya adalah seperti berikut...

"Saya suka menonton WULAN di RTM 1 kerana ......................(tidak melebihi 15 patah perkataan)

KAEDAH MENJAWAB

Untuk Menjawab : Hantarkan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip WULAN<jarak>Q1 untuk soalan 1 atau Q2 untuk soalan 2 atau seterusnya <jarak>JAWAPAN dan hantarkan ke 39003

Untuk Mendapatkan Petunjuk : Hantarkan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip KLU<jarak>Q1 untuk soalan 1 atau Q2 untuk soalan 2 atau soalan seterusnya dan hantarkan ke 39003

Untuk Mendapatkan Sinopsis : Hantarkan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SNP<jarak>EPS1 untuk episod 1 atau EPS2 untuk episod 2 atau episod seterusnya dan hantarkan ke 39003.

PENDAFTARAN

Penonton diminta mendaftar melalui SMS untuk mendapatkan maklumat peribadi (nombor kad pengenalan, nama dan alamat) bagi memudahkan untuk dihubungi sekiranya berjaya.