Pencarian Bakat Bintang RTM 2018

 

SYARAT-SYARAT PENCARIAN BAKAT BINTANG RTM 2018

1. Mengisi borang penyertaan uji bakat dengan lengkap. ( Borang Penyertaan boleh di dapati di Lokasi Uji Bakat )
2. Warganegara Malaysia.
3. Had umur antara 17 tahun hingga 25 tahun .
4. Belum pernah berkahwin.
5. Mempunyai perwatakan yang menarik
6. Menyertakan satu salinan kad pengenalan & sekeping gambar berwarna berukuran 4R.
7. Menyanyikan lagu-lagu ciptaan pencipta tempatan atau antarabangsa sama ada lagu berirama pop komersial, balada, rock, r&b, Jazz, dangdut dan pop etnik.
8. Genre lagu yang tidak dibenarkan – irama ‘trash’, ‘punk’, ‘heavy metal’, ‘black metal’, ‘underground’ dan lagu yang tidak diluluskan oleh pihak Panel lagu RTM.
9. Peserta WAJIB membawa muzik ‘minus-one’ lagu pilihan dalam bentuk CD ataupun DVD karaoke.
10. Berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.
11. RTM berhak menolak mana-mana penyertaan yang melanggar syarat yang ditetapkan.
12. Peserta akan diadili oleh panel juri profesional yang dilantik oleh RTM.
13. Hanya peserta yang layak akan dihubungi.
14. Segala perbelanjaan semasa menjalani sesi uji bakat adalah tanggungan peserta sendiri.
15. Pertandingan akan dikendalikan di Angkasapuri atau tempat yang akan ditentukan oleh RTM.
16. Peserta WAJIB mengikut segala aktiviti yang telah dirancang untuk rakaman, jadual latihan, rakaman dan siaran langsung yang telah ditetapkan RTM.
17. RTM berhak mengugurkan mana-mana peserta yang terpilih ke peringkat seterusnya jika tidak dapat hadir pada tarikh latihan dan rakaman yang ditetapkan oleh pihak penerbitan RTM.
18. Keputusan panel juri RTM adalah muktamad.
19. Sebarang rayuan dan bantahan dalam apa jua bentuk tidak akan dilayan.
 

Sumber: Hiburan TV RTM

 


Print   Email

Radio Televisyen Malaysia
Angkasapuri
50614 Kuala Lumpur

aduan [at] rtm.gov.my
Tel: 03 - 2282 5333
Faks: 03 - 2284 7591

apps
googleplay bm
huawei bm

  • Kemaskini Terakhir : 30 November 2021.

Jumlah Pengunjung : 29628197

Hak Cipta Terpelihara © 2021 RADIO TELEVISYEN MALAYSIA

Web Tools