Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Buku Baharu: Cinta Yang Tak Terungkap

Last modified on .

 

Membaca Menyuluh Minda " - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
 
  
 
Judul                    : Cinta Yang Tak Terungkap
Pengarang          : Puteri Nor
Tahun Terbitan : 2015
No. Panggilan    : M Fic PUT 2015
 
Sinopsis:
SOFIE HANY, seorang gadis yang cekal dan mempunyai matlamat hidup yang tinggi. Namun ahli biologi muda itu patah hati apabila jodohnya cuba diatur oleh keluarga tanpa mempedulikan hati dan perasaannya hanya kerana harta. Akhirnya, dia membawa diri ke England dengan hati yang terluka.
Di Southampton, Sofie yang bersifat ‘ladylike' bertemu dengan dua orang jurutera yang berkawan baik. EMRY, si jejaka Singapura yang gentleman dan AJMAL, askar simpanan pakar yang digelarnya sebagai lelaki barbarian.
Namun dalam diam, Emry menyimpan perasaan cinta terhadap Sofie. Seluruh jiwa dan raganya telah diabdikan hanya untuk Sofie. Ajmal turut menaruh hati terhadap Sofie tetapi dia terlalu ego untuk mengakui. Hati mula terpikat tetapi mulut tetap berbisa menidakkan perasaan itu.
Dalam usaha untuk melupakan IQBAL, si childhood sweetheart, Sofie membekukan hati. Sayangnya tindakan itu menyebabkan dia kebal kepada perasaan cinta yang mula bersemi. Dan kemunculan semula Iqbal meletakkan Sofie dalam dilema.
Ketenangan Sofie sentiasa diduga. Iri dan hasad menukar ketenangan kepada kesengsaraan. Fitnah melanda menyebabkan Sofie dinikahkan secara paksa. Tegarkah Sofie meneruskan pernikahan tanpa cinta setelah menyedari siapa pemilik sebenar hatinya?Dapatkah Sofie memaafkan insan yang berbuat khilaf dan menerima si dia yang menerima akad?

 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print Email

offcanvas